Sunday, November 15, 2009

Memorial Tun Abdul Razak


Memorial Tun Abdul Razak, telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 6 Mei 1982. Bangunan memorial ini pada asalnya adalah Bangunan Sri Taman iaitu kediaman rasmi Tun Abdul Razak dari tahun 1962 sehingga beliau meninggal dunia pada bulan Januari 1976. Bangunan ini telah dijadikan Memorial Tun Abdul Razak bagi memperingati jasa dan sumbangan beliau terhadap bangsa dan negara.

Memorial ini mempamerkan bahan-bahan kepunyaan Tun Abdul Razak sendiri dan juga bahan-bahan yang ada kaitan dengan beliau yang lebih dikenali sebagai “Bapa Pembangunan” dan juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 2 (1970 – 1976)


Keseluruhan pameran dibahagi kepada 2 bahagian. Bahagian 1 iaitu pameran di Bangunan Sri Taman yang mempamerkan kira-kira 650 bahan dan boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan besar iaitu bahan-bahan arkib, bahan-bahan muzium, dan bahan-bahan perpustakaan.

Bahagian 2 mempamerkan kira-kira 1580 bahan mengenai penglibatan dan kegiatan Tun Abdul Razak semasa menjawat jawatan Menteri dan Perdana Menteri Malaysia. Bahan-bahan dipamerkan mengikut tajuk-tajuk tertentu seperti Pertahanan, Sosial, Politik, Pembangunan, Hal Ehwal Keagamaan dan sebagainya.


Sesuai dengan gelaran sebagai “Bapa Pembangunan” terdapat contoh Rumah FELDA dipamerkan di bahagian luar bangunan. Memorial Tun Abdul Razak juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelawat seperti perpustakaan dan bilik penyelidikan serta kedai cenderamata. Pernahkah anda mendengar mengenai “Buku Merah” dan “Buku Hijau” atau anda ingin mengimbau semula hubungan diplomatik diantara Malaysia dan Negeri China pada tahun 1974? Datanglah ke memorial ini... Tapi minta maaf pengambilan gambar di dalam Memorial ini tidak dibenarkan.


"Al-Fatihah untuk Tun Abdul Razak"
Jasamu tetap di kenang


5 comments:

  1. bagus, semua fakta ringkas n padat. kalau tak baca tak tau.

    ReplyDelete
  2. Betoi tu..heheheh tahun dirasmikan 1982 rupanye..sama n tahun i dilahirkan..rupanye 27 tahun...Jasamu tetap dikenang selamanye...

    ReplyDelete
  3. Sayangnya aku tak leh ambik gambar dalam tu la.. abg jaga tu sound awal-awal... tak boleh ambil gambar erk!!

    mungkin sebab faktor keselamatan kot...

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah buat Tun Abd Razak!!
    Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman...

    ReplyDelete
  5. rindunya tempat ni!!! pergi sana time form 3 buat projek sejarah.

    ReplyDelete