Saturday, November 21, 2009

Low Yat - Gedung IT


Plaza Low Yat tak perlu di perkenalkan lagi untuk mereka yang menggunakan kemudahan teknologi IT sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Syurga membeli belah untuk pengemar gadget seperti komputer riba, komputer, telefon mudah alih, kamera, alat ganti komputer dan sebagainya. Senang cerita semua benda yang berkenaan teknologi maklumat ada di jual di sini. Aku sendiri dah 3 buah laptop 2 buah PC dah bertukar ganti dan aku memang beli kat sini. Murah dan berpatutan, yang pentingnya berkualiti. Transaksi kat sini lebih kepada cash, kalau nak guna credit kad boleh tapi peniaga kat sini akan kenakan cas tambahan 2%-3% ke atas harga belian pelanggan. Kepada sesiapa yang tak tahu kat mana Plaza Low Yat! ia terletak di Jalan Bukit Bintang berdekatan dengan Federal Hotel belakang Bangunan YTL!


Tingkat bawah Plaza Low Yat

Semuanya ada sini!!


Promosi Anti Virus AVP!!



2 comments:

  1. Pergh!! kalau pergi sini.. rambang mata!! tak tau nak beli gadget yang jenama apa?!!

    ReplyDelete
  2. ye ke bro?harganya mcmana bro?murah ke and berkualiti

    ReplyDelete