Tuesday, November 24, 2009

Taman KLCC


Taman Awam KLCC yang terletak di tengah-tengah projek pembangunan KLCC telah dibuka dengan rasminya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 Ogos 1998 dalam majlis yang penuh warna-warni dan gilang gemilang, disaksikan oleh ribuan masyarakat di taman seluas 50-ekar ini.

Taman KLCC yang direkabentuk oleh seorang karyawan seni taman dari Brazil, mendiang Roberto Burle Marx, telah dibuka kepada orang ramai sejak 8 Mei 1998. Burle Marx telah memberikan taman ini satu rekabentuk antarabangsa dan kumpulan projek Taman KLCC telah mengadunkan beberapa elemen tempatan untuk memberikan taman ini identiti Malaysia




Untuk keselesaaan para pengunjung, taman ini juga menyediakan berbagai-bagai kemudahan seperti kawasan permainan kanak-kanak, kolam riadah kanak-kanak, trek joging, wakaf serta bangku dan laluan pejalan yang berpetak-petak. Kawasan permainan kanak-kanak seluas dua ekar di taman ini dilengkapi dengan alat-alat permainan berwarna-warni yang selamat dan ditempatkan di bawah pokok-pokok rendang di tengah-tengah taman. Trek joging sepanjang 1.3 kilo meter yang mengelilingi taman ini juga diperbuat daripada bahan getah etilena propilena deina, bahan yang sama digunakan di kawasan permainan kanak-kanak. Bahan yang lembut ini ialah untuk meberikan keselesaan sepenuhnya kepada pengguna ketika berjalan di atasnya




Unik dari segi tema dan konsepnya, taman ini mencerminkan kehijauan tropika, warna serta corak dari khazanah budaya negara. Lebih 1,900 batang pokok dan pokok palma dari sekurang-kurangnya 66 spesis telah ditanam di taman ini. Jom la kita beriadah kat Taman KLCC!!!



3 comments:

  1. bagus gak sebenar nyer kalau ade taman seumpama nyer ditengah2 kl cam ni

    ReplyDelete
  2. YANG NI MEMANG LEBIH MENARIK MEMANDANGKAN CUTI SKOLAH DA BERMULA ....DESTINASI LEBIH PADAT YANG DAPAT DI LIHAT .....

    ReplyDelete
  3. Aku pergi sini kekadang jogging!! best sebab track jogging dia lembut.. kaki tak sakit..

    ReplyDelete