Thursday, November 5, 2009

Masjid Putrajaya


Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.





Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.





Pemandangan Majid Putra yang dikelilingi tasik Putrajaya


Masjid ke-2 pula adalah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi, ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H[2]. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, ia telah menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Senja dari Jambatan Putrajaya

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.






Antara kemudahan yang terdapat di Masjid Besi ini.
* Ruang solat termasuk dewan utama, dewan terbuka dan dewan solat muslimat
* Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
* 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
* Bilik pameran yang mampu memuatkan 250 orang
* Dapur
* Bilik orang kenamaan
* Bilik penyelenggaraan
* Bilik jenazah
* Pejabat
* Bilik kawalan audio visual
* Ruang letak kereta bawah tanah

5 comments:

  1. OOoo baru aku tau Masjid Sultan Mizan tu tak menggunakan kipas dan air-cond... canggih gak erk!! Cayalah....


    Teringin nak solat jumaat kat sini nanti....

    ReplyDelete
  2. JoOm.... ko imam aku bilal....

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum
    sy nk tau apa keistimewaan masjid Putra dan apa pula keistimewaan masjid besi yg takde dgn masjid putra.

    ReplyDelete