Showing posts with label Arkitek. Show all posts
Showing posts with label Arkitek. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

Masjid Jamek KL


Masjid Jamek, Jalan Tun Perak asalnya telah dibina oleh pedagang-pedagang Islam yang berasal dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur pada zaman penjajahan British.Ia menjadi sebahagian daripada mencu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.



Masjid ini dibina pada tahun 1909, ia merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India.


Reka bentuk masjid ini menurut tata rajah tradisional India Utara, dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau "sahn". Masjid ini diapit dengan dua menara dan beberapa menara lebih kecil. Kubah bebawang di kemuncak dewan solat dan di kemuncak menara menyerupai seni bina M


Masjid Jamek adalah contoh seni bina "rasmi" British di Malaysia, yang membabitkan gabungan unsur Moor dan Mughal. Belang merah dan putih dinding batu sama seperti Masjid Jamek di Cordoba, Sepanyol, membentuk dinding luar masjid. Persamaan lain dengan masjid Moor boleh dilihat pada gerbang bertiang dalam bentuk berpetak dan perincian dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.


Seni bina masjid ini menjadikan ia sebagai mercu tanda yang kemudiannya berkembang sebagai nadi bandaraya Kuala Lumpur. Masjid Jamek merupakan masjid utama bagi solat Jumaat dan pusat aktiviti Islam sehinggalah pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967. Masjid ini tidak dapat diperbesarkan kerana dihimpit oleh Sungai Klang dan Sungai Gombak. Awalnya ,mereka yang hendak solat perlu mengambil wuduk di bucu pertemuan sungai. Beberapa lapis tangga dibina ke dalam sungai untuk memudahkan orang ramai mengambil air sembahyang.



Friday, November 20, 2009

Kompleks Ujana Kewangan


Pusat kewangan sehenti yang di kenali sebagai Kompleks Ujana Kewangan Labuan menjadi mercu tanda kemajuan Wilayah Persekutuan Labuan. Bangunan yang sebiru air Laut China Selatan ini menempatkan pusat hentian Bank, Insurance dan pelbagai syarikat besar yang melabur di Labuan.



Pusat membeli belah ini juga dibuka untuk kegiatan peruncitan , perbankan tempatan, Kondominum dan service apartment juga disediakan Kemudahan seperti ruang persidangan, bilik mesyuarat juga di sediakan dengan spekfekasi moden bagi penganjuaran mesyuarat, persidangan, seminar, pameran, persembahan kesenian, konsert mahupun majlis makan malam.

Kompleks Ujana Kewangan
87000 Wilayah Persekutuan Labuan



Sunday, November 15, 2009

Masjid Negara


Masjid Negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur. Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965, Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan turut merupakan pendekatan moden bagi konkrit diperkukuhkan, simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.


Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana. Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk.Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara.


"Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu persuruh Allah"

Air Pancur yang menghiasai halaman Masjid Negara

Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh pasukan 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan - arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (UK), and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Sekali pandang, menaranya berukuran 73 meter (245 kaki) tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.

Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.




Tokong Po Ling



Tokong Po Ling terletak di tengah-tengah Segi Tiga Emas kota Metropolitan Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Wisma MCA dan Nasi Kandar Pelita di Jalan Ampang. Tokong Po Ling ini sungguh unik senibina bangunannya yang dipengaruhi seni ukir dan kaligrafi cina yang halus seninya. Mempunyai beberapa menara pagoda disekitarnya. Jaraknya dari KLCC hanya berberapa meter berjalan kaki sahaja. Aku cuba cari maklumat berkenaan Tokong ini dari Internet tapi tak banyak maklumat yang boleh diperolehi. Apapun sebagai negara yang mengamalkan kebebasan beragama dan semangat SATU MALAYSIA!! mari kita hayati keunikan senibina Tokong Po Ling ini!! Berikut gambar yang aku sempat snap dari luar tokong ini...






Bumbung dan Pagodanya kuning keemasan



Pintu gerbangnya sungguh megah berdiri

Antara tokong yang besar berada di tengah Kotaraya Kuala Lumpur




Friday, November 13, 2009

Jambatan Seri Gemilang


Jambatan Seri Gemilang terletak di Presint 5 menghubungan antara Pulau Utama Putrajaya ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Seri Gemilang mempunyai senibina yang unik berwarna keemasan.Jambatan Seri Gemilang akan menjadi seakan-akan jambatan emas apabila cahaya matahari senja berlabuh. Jambatan yang sepanjang 240Meter ini dilengkapi lorong penjalan kaki dan lorong berbasikal. Pemandangan sekitar Jambatan Seri Gemilang ini bertambah menarik di waktu malam apabila ia dilimpahi cahaya berlatar belakangkan Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya.




Ukiran dan Senibina Jambatan Seri Gemilang



Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya



Sebuah lagi Mercu Tanda Putrajaya terletak di Taman Puncak Selatan Persint 5 secara rasminya di kenali sebagai Putrajaya International Convention Centre atau PICC sentanding dengan bangunan persidangan yang terletak di London, Tokyo dan Paris.PICC dibina pada tahun 2000 hingga 2003 dan dirasmikan pada Oktober 2004. PICC juga dikenali sebagai tempat persidangan yang mempunyai kawalan paling ketat di dunia dan menjadi tumpuan pihak kerajaan atau sektor swasta untuk membuat persidangan. Oleh kerana kedudukan PICC yang strategik berada di puncak bukit di Putrajaya disamping pemandangan indah sekitar tasiknya, PICC sentiasa menjadi lokasi tumpuan untuk pengambaran iklan komersial.

Jambatan Seri Gemilang yang menghubungkan PICC merentasi Tasik Putrajaya


Tersergam indah senibina Putrajaya International Convention Centre


Rekabentuk PICC ini adalah ilham dari 'Pending Perak' iaitu kepala talipinggang di Raja.


Landskap yang menarik berbentuk ukiran seni pertukangan kayu orang Melayu




Thursday, November 12, 2009

Istana Budaya


Keunikan senibina ISTANA BUDAYA bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Dilihat dari atas, bangunan ISTANA BUDAYA berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung ,lambang pemula upacara yang sering digunakan didalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.


Logo ISTANA BUDAYA diadaptasi dari gubahan sirih junjung. Sirih junjung adalah lambang pemula upacara, pembuka kata dan pemanis bahasa, yang merapatkan hubungan antara pengunjung dan penyambut. Ia juga sering digunakan di dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara-upacara lain.



Laluan masuk utama ke Panggung Sari melambangkan pintu masuk utama ke Balairong Seri Istana Kesultanan Melayu di Zaman Silam. Lobi teater di tingkat tiga menyerupai rekabentuk rebana ubi – gendang tradisional Melayu. Sebaik sahaja anda berada di dalam Panggung Sari, anda seakan-akan berada di dalam istana di zaman silam. Anjung orang kenamaan di kanan dan kiri mengambil konsep jendela rumah Melayu.



Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama ,serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga tradisional rumah Melayu Melaka.


Thursday, November 5, 2009

Seni Bina Bangunan Putrajaya

Putrajaya memang terkenal dengan keindahan seni binanya yang cukup unik. Seni bina yang banyak dipengaruhi ciri Seni Bina Islam melambangkan Malaysia sebagai negara Islam moden yang membina tamadunnya seiring dengan kepesatan era kemajuan dunia . Berikut bangunan yang menarik minat aku untuk menghayati keindahan seni binanya.



Bangunan Jabatan Perdana Menteri.



Bangunan melengkung umpama layar ini adalah Bangunan Perbendaharaan Malaysia.


Sebahagian daripada Bangunan Kementerian Kewangan Malaysia


Pintu gerbang bertemakan Sarang Burung Layang-Layang ini sungguh unik. Menempatkan Perbadanan Putrajaya




Istana Keadilan ini memang menarik minat aku! Bangunan berkubah kuning cair ini sungguh unik seni binanya yang bercirikan pengaruh Tamadun Islam .