Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

Masjid Jamek KL


Masjid Jamek, Jalan Tun Perak asalnya telah dibina oleh pedagang-pedagang Islam yang berasal dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur pada zaman penjajahan British.Ia menjadi sebahagian daripada mencu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.



Masjid ini dibina pada tahun 1909, ia merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India.


Reka bentuk masjid ini menurut tata rajah tradisional India Utara, dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau "sahn". Masjid ini diapit dengan dua menara dan beberapa menara lebih kecil. Kubah bebawang di kemuncak dewan solat dan di kemuncak menara menyerupai seni bina M


Masjid Jamek adalah contoh seni bina "rasmi" British di Malaysia, yang membabitkan gabungan unsur Moor dan Mughal. Belang merah dan putih dinding batu sama seperti Masjid Jamek di Cordoba, Sepanyol, membentuk dinding luar masjid. Persamaan lain dengan masjid Moor boleh dilihat pada gerbang bertiang dalam bentuk berpetak dan perincian dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.


Seni bina masjid ini menjadikan ia sebagai mercu tanda yang kemudiannya berkembang sebagai nadi bandaraya Kuala Lumpur. Masjid Jamek merupakan masjid utama bagi solat Jumaat dan pusat aktiviti Islam sehinggalah pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967. Masjid ini tidak dapat diperbesarkan kerana dihimpit oleh Sungai Klang dan Sungai Gombak. Awalnya ,mereka yang hendak solat perlu mengambil wuduk di bucu pertemuan sungai. Beberapa lapis tangga dibina ke dalam sungai untuk memudahkan orang ramai mengambil air sembahyang.



Monday, November 23, 2009

Masjid Asy- Syakirin KLCC


Masjid Asy-Syakirin terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur berhampiran pusat membeli belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas . Masjid ini menjadi tumpuan umat islam sekitar untuk bersolat terutama ketika solat Jumaat. Warga kota yang bekerja sekitar KLCC akan berpusu-pusu menyemarakkan masjid ini setiap kali Solat Jumaat. Antara aktiviti masjid ini adalah mengadakan kuliah subuh, syarahan agama, majlis bacaan yassin dan pelbagai aktiviti keagamaan. Masjid Asy-Syakirin melambangkan kebesaran Islam dan kepentingannya sebagai agama rasmi di Malaysia berdasarkan kedudukannya yang terletak di antara dua buah bangunan yang tertinggi di dunia.

Masjid yang berkonsepkan permata dalam taman buatan manusia ini mempunyai kubah berwarna kelabu.


Struktur bangunan masjid itu yang diperbuat daripada batu marmar dibina di atas kawasan seluas 2.02 hektar . Motif bintang di siling bahagian bawah dipenuhi dengan motif ukiran tradisional Islam yang mempunyai pengaruh dari Uzbekistan.


Masjid ini mempunyai ciri-ciri seni bina menarik dari Asia Barat yang digabungkan dengan cita rasa Asia Timur dan hiasan dalaman yang menakjubkan.


Friday, November 20, 2009

Tokong Lapan Dewa


Tokong Cina “Lapan Dewa”

Tokong “Tao” ini merupakan salah satu daripada berbilangan tokong Cina di Pulau Labuan ini. Struktur ini agak baru dan dibina oleh kominiti Hokkien. Pada bulan kesembilan pada setiap tahun ‘luna’, tokong ini mengadakan perayaan meriah bagi kelahiran “Maharaja Sembilan”, dewa dari mitologi Cina. Bagi pelancong asing yang ingin melihat kelainan budaya boleh la datang melawat Tokong Tao ini. Komuniti cina di sini masih mengamalkan budaya dan kepercayaan mereka dengan bebas dan hidup aman damai di Malaysia di bawah semangat SATU MALAYSIA!!


Thursday, November 19, 2009

Gurdwara Sahib Labuan



Tokong Sikh ini dibina oleh seorang ahli filantropi Sikh pada tahun 1997. Senibina tokong ini adalah diinspirasi oleh “Tokong Emas” Sikh di Amritsar. Ia menawarkan mereka yang memerlukan penginapan percuma di asrama tokong. Pelawat adalah diminta untuk menutup kepala dengan kain. Merokok dikawasan tokong adalan amat dilarang.


Kemudahan air-cond juga disediakan... tak la panas sangat!


Tokong Sikh Berkubah Emas



Masjid Jamek An Nur - Labuan


Masjid Jamek An-Nur Labuan berbentuk futuristik dan senibina moden melambangkan perkembangan dan kemajuan Nur Islam di tanah bertuah Labuan. Sekali pandang Masjid ini seakan-akan kapal angkasa yang di lengkapi 2 buah menara yang berdiri megah. Terletak di Jalan OKK Abdullah masjid ini menjadi ikon kebanggaan penduduk Labuan. Sesiapa yang datang ke Labuan jangan lupa untuk singgah bersolat di Masjid ini.

Wilayah Persekutuan Labuan W.D.T. 16 Labuan Wilayah Persekutuan 87000, Labuan, Sabah, 87000, Malaysia




Sunday, November 15, 2009

Christmas - Pavillion


Jingle Bell!! Jingle Bell!! Jingle all the way!! Nampaknya christmas datang tak lama lagi. Semua penganut Kristian sudah tentu tidak sabar menunggu 25 December untuk meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan. Pusat membeli belah juga tak lupa membuat dekorasi masing-masing bagi menarik minat pengunjung datang membeli belah di tempat mereka. Kelmarin aku sempat mengunjungi Pavillion dia Bukit Bintang untuk menonton wayang 2012. Sempat juga aku snap beberapa gambar untuk di kongsi bersama . Dekorasi di Pavillion yang sungguh menarik dengan tema mereka tahun nie " Royale Christmas"


Jingle Bell Jingle Bell.. Rusa si Santa dah sedia nak terbang


Macam betul jer rusa Santa Claus nie

Sesiapa yang nak jumpa Santa kat sini... datang kat Pavillion

Pokok Christmas yang tinggi melangit!! Meriah!!


Dekorasi di halaman Pavillion si Rusa Putih!! kalau malam lagi cantik rasanya




Tokong Po Ling



Tokong Po Ling terletak di tengah-tengah Segi Tiga Emas kota Metropolitan Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Wisma MCA dan Nasi Kandar Pelita di Jalan Ampang. Tokong Po Ling ini sungguh unik senibina bangunannya yang dipengaruhi seni ukir dan kaligrafi cina yang halus seninya. Mempunyai beberapa menara pagoda disekitarnya. Jaraknya dari KLCC hanya berberapa meter berjalan kaki sahaja. Aku cuba cari maklumat berkenaan Tokong ini dari Internet tapi tak banyak maklumat yang boleh diperolehi. Apapun sebagai negara yang mengamalkan kebebasan beragama dan semangat SATU MALAYSIA!! mari kita hayati keunikan senibina Tokong Po Ling ini!! Berikut gambar yang aku sempat snap dari luar tokong ini...






Bumbung dan Pagodanya kuning keemasan



Pintu gerbangnya sungguh megah berdiri

Antara tokong yang besar berada di tengah Kotaraya Kuala Lumpur




Monday, November 9, 2009

1 Malaysia - KL Majmuk



Mengikut bancian penduduk pada tahun 2000 jumlah peduduk Kuala Lumpur adalah berjumlah 1.4juta orang yang terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan. Kaum-kaum utama terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, Indian dan lain-lain kaum. Mereka hidup aman damai dan saling bekerjasama untuk membangunkan Malaysia. Berikut adalah ringkasan berkenaan kaum yang tinggal di Kuala Lumpur.

MELAYU
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.

Di Kuala Lumpur masyarakat Melayu kebanyakkan bertumpu di kawasan seperti Kampung Baru. Ramai juga kaum Melayu yang berhijrah dari kampung ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur. Mereka tinggal di kawasan seperti Wangsa Maju, Setapak, Setiawangsa Keramat dalam penempatan berpusat. Masyarakt Melayu ada juga berniaga di kawasan terkenal seperti Jalan Tunku Abdul Rahman , Chow Kit dan Pasar Malam.

CINA
Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.

Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur. Masyarkat Cina di Kuala Lumpur ramai tertumpu di pusat-pusat perniagaan. Mereka mendominasi perniagaan di sekitar Kuala Lumpur seperti disekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Petaling, Sentul , Wangsa Maju dan Setapak.

INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.

Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

Di Kuala Lumpur masyarakat India tinggal bersama-sama kaum lain iaitu Melayu dan Cina. Tempat yang terkenal dengan masyarakat India di Kuala Lumpur adalah Brickfiled yang diberi jolokan Little India. Masyarakat India di sini berniaga makanan, pakaian, buah-buahan dan sebagainya. Apabila tiba musim perayaan seperti Deepavali, Brickfiled menjadi tempat paling sibuk yang dikunjungi masyarakat India membeli belah.









Thursday, November 5, 2009

Masjid Putrajaya


Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.





Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.





Pemandangan Majid Putra yang dikelilingi tasik Putrajaya


Masjid ke-2 pula adalah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi, ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H[2]. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, ia telah menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Senja dari Jambatan Putrajaya

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.






Antara kemudahan yang terdapat di Masjid Besi ini.
* Ruang solat termasuk dewan utama, dewan terbuka dan dewan solat muslimat
* Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
* 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
* Bilik pameran yang mampu memuatkan 250 orang
* Dapur
* Bilik orang kenamaan
* Bilik penyelenggaraan
* Bilik jenazah
* Pejabat
* Bilik kawalan audio visual
* Ruang letak kereta bawah tanah

Wednesday, October 28, 2009

Petaling Street ( China Town)


Jalan Petaling atau di kenali sebagai China Town Malaysia cukup senonim dengan gerai jualan barang-barangan pada harga yang murah. Bagi pelancong yang datang ke Kuala Lumpur memang tak lengkap kalau korang tak singgah kat Petaling Street ni. Banyak barangan "Branded" kat sini di jual dengan harga murah sangat!! tak percaya???!! Jom mari....


Orang ramai yang sentiasa sesak di sepanjang Petaling Street!


Jalan yang berbumbung menyelesakan orang ramai dari hujan dan panas...


Paling femes kat sini!!! Air Mata Kucing!! nak minum kena beratur dulu.. memang ramai orang suka Air Mata Kucing Petaling Street!!


Buah-buahan import dan tempatan juga ada dijual sepanjang Petaling Street


Kalau korang nak beli bunga bagi kat awek!! kat sini memang pusat jualannya... harga pun berpatutan... janganlah kedekut sangat nak melabur!!


V(-_-)v'