Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Sejarah Tiga Wilayah


Bendera rasmi Wilayah Persekutuan sejak 23 Mei 2006

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran


Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya


Bendera British Colony yang diguna pakai sebagai bendera Labuan dari 1912-1946

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.



Friday, November 13, 2009

Putrajaya Seafood Restoran


Restoran Seafood Putrajaya terletak di Taman Botani Presint 1, bersebelahan dengan Pejabat Perdana Menteri. Restoran terapung ini dibuat daripada Kayu Cengal pada semua konsep pembinaanya termasuk meja dan kerusinya. Pada satu-satu masa ia mampu menampung sehingga 250 pelanggan. Oleh kerana Restoran ini terapung dah dikelilingi tasik ,pemandangan senja kelihatan lebih menarik sambil menikmati hidangan.



Pintu masuk Restoran ini



Seolah-olah terapung di tengah tasik


Sambil makan seafood cuci mata



Tasik Putrajaya Cruise



Kalau melawat Putrajaya tanpa mencuba trip berlayar sekitar tasik Putrajaya seluas 650 hektar adalah tidak sah. Anda akan mendapat pengalaman yang menakjubkan dengan menyaksikan keindahan dan kejernihan tasik Putrajaya yang dikelilingi struktur-struktur binaan yang indah dan unik senibinanya. Antara package yang boleh di tawarkan adalah trip pelajaran untuk pelajar, trip untuk keluarga, untuk pasangan dan untuk acara koprat juga disediakan di sini.


Passenger Cruise
Adult RM30.00 per person
Children RM20.00 per person
Student RM20.00 per person
Government RM25.00 per person
Senior Citizen/Disabled RM15.00 per person

Perahu Dondang Sayang
Adult RM20.00 per person
Children RM12.00 per person
Student RM15.00 per person
Government RM17.00 per person
Senior Citizen/Disabled RM10.00 per person





Perahu Dongdang Sayang



Jambatan Seri Gemilang


Jambatan Seri Gemilang terletak di Presint 5 menghubungan antara Pulau Utama Putrajaya ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Seri Gemilang mempunyai senibina yang unik berwarna keemasan.Jambatan Seri Gemilang akan menjadi seakan-akan jambatan emas apabila cahaya matahari senja berlabuh. Jambatan yang sepanjang 240Meter ini dilengkapi lorong penjalan kaki dan lorong berbasikal. Pemandangan sekitar Jambatan Seri Gemilang ini bertambah menarik di waktu malam apabila ia dilimpahi cahaya berlatar belakangkan Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya.




Ukiran dan Senibina Jambatan Seri Gemilang



Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya



Sebuah lagi Mercu Tanda Putrajaya terletak di Taman Puncak Selatan Persint 5 secara rasminya di kenali sebagai Putrajaya International Convention Centre atau PICC sentanding dengan bangunan persidangan yang terletak di London, Tokyo dan Paris.PICC dibina pada tahun 2000 hingga 2003 dan dirasmikan pada Oktober 2004. PICC juga dikenali sebagai tempat persidangan yang mempunyai kawalan paling ketat di dunia dan menjadi tumpuan pihak kerajaan atau sektor swasta untuk membuat persidangan. Oleh kerana kedudukan PICC yang strategik berada di puncak bukit di Putrajaya disamping pemandangan indah sekitar tasiknya, PICC sentiasa menjadi lokasi tumpuan untuk pengambaran iklan komersial.

Jambatan Seri Gemilang yang menghubungkan PICC merentasi Tasik Putrajaya


Tersergam indah senibina Putrajaya International Convention Centre


Rekabentuk PICC ini adalah ilham dari 'Pending Perak' iaitu kepala talipinggang di Raja.


Landskap yang menarik berbentuk ukiran seni pertukangan kayu orang Melayu




Souq Bazaar - Putrajaya


Souq adalah perkataan Persia yang merujuk laluan kecil dipenuhi gerai-gerai.

Souq yang terletak di tingkat bawah Masjid Putra di Putrajaya ini seakan-akan sebuah bazaar terkenal di dunia kerana mempunyai gerai-gerai yang menawarkan pelbagai barangan unik.

Souq yang menempatkan lebih 50 gerai menawarkan makanan seperti kurma Turki, jam buatan sendiri, kacang, selain pakaian dan aksesori, cenderamata, kraf tangan dan banyak lagi.




Lukisan Mural berkenaan perdagangan masyarakat arab pada deretan dinding kedai


Gerai Cenderahati

Kalau nak cari Batik kat sini la tempatnya

Batik dan Songket pada harga yang berpatutan

Deretan kedai yang menjual pelbagai barangan

Bahagian luar Souq yang turut menjual pelbagai barangan

Taman Permainan Kanak-Kanak juga di sediakan di sini




Pesta Orkid - Taman Botani

JUALAN ORKID
TAMAN BOTANI PUTRAJAYA
13hb - 15hb Nov 2009
Antara penjual: Malaysian United Orkid Rawang, Far East Bukit Changggang dll

Tajuk : Program Botanical Dicovery
Tarikh : 13/NOV/2009 - 15/NOV/2009
Masa : 07:00 AM - 06:00 PM
Lokasi : Taman Botani
Tema : Orkid Untuk Semua 2009 & Semua Tentang Orkid

Berikut antara gambar-gambar yang sempat aku Snap semalam :-