Showing posts with label Labuan. Show all posts
Showing posts with label Labuan. Show all posts
Friday, November 27, 2009
Dataran Labuan
Apabila berada di Labuan.. jangan lupa singgah di Dataran Labuan untuk berehat sambil menghirup udara segar angin laut Labuan yang belum tercemar dengan pencemaran alam. Dataran Labuan adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi oleh setiap pelawat yang ke Labuan. Dataran Labuan adalah tempat yang popular untuk mengadakan acara-acara persembahan di pulau ini. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia juga berdiri megah di pentas dataran ini.
Padang bola sepak juga disediakan di hujung dataran ini. Dataran Labuan juga mempunyai replika "Chimney" yang menjadi mercu tanda Labuan. Di dataran ini juga adalah tempat bersantai keluarga pada hujung minggu sambil menikmati pemandangan indah dan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun di sini.
Feri Wawasan Perdana
Apabila kita ingin ke Labuan melalui jalan laut, salah satunya adalah menggunakan perkhidmatan feri dari Pengkalan Feri Menumbok. Feri Wawasan Perdana ini adalah sebuah feri yang besar dan mampu memuatkan sekitar 80 buah kereta untuk setiap perjalanannya. .
Anda boleh memilih samada untuk berada terus di kenderaan masing-masing atau naik ke atas tempat duduk yang disediakan. Untuk menikmati pemandangan laut yang membiru anda juga boleh berada di tempat duduk atas sambil menonton filem yang ditayangkan oleh pihak pengurusan untuk menghiburkan penumpang
Bilik berhawa dingin ini menyediakan lebih 400 tempat duduk bagi kemudahan penumpang. Bilik VIP juga di sediakan bagi penumpang yang inginkan suasana lebih privacy dan tenang sambil menonton TV. Perjalanan Feri Wawasan Perdana ini mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Labuan.
Pengkalan TLDM - Labuan
Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) merupakan cabang Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawap menjaga perairan dan kedaulatan negara dari dicerobohi oleh mereka yang berniat tidak baik. TLDM adalah tentera laut ke-3 terbesar di dalam gabungan negara ASEAN. TLDM pada masa ini mempunyai keupayaan terhad jika di bandingkan dengan anggota ASEAN yang lain. Walaubagaimanapun kerajaan akan terus memodenkan keperluan TLDM termasuk membeli Kapal Selam bagi mengimbangi kekuatan dan keperluan teknologi tinggi.
Oleh kerana Malaysia mempunyai perairan yang luas operasi TLDM harus diperluaskan di seluruh negara termasuk perairan Sabah dan Sarawak. TLDM juga menempatkan markas dan pengkalannya di Labuan. Tanggungjawab markas Labuan ini ialah menentukan kecekapan operasi, latihan dan pentadbiran yang licin kapal-kapal TLDM yang berada di bawah naungannya serta menentukan peralatan dan mekanisma untuk kapal-kapal yang beroperasi sentiasa memuaskan.
Pelabuhan Labuan
Labuan adalah kawasan pulau bebas cukai dan di wartakan pada 1 September pada 1956 di bawah Akta Kastam (Pindaan No 2) 1956 kecuali minuman keras, rokok dan barangan petroleum. Ini bermakna semua barangan adalah bebas cukai kecuali barangan berikut. Walaubagaimanapun pada belanjawan 1991 Kerajaan telah mengumumkan pengecuali cukai rokok dan minuman keras di Labuan. Ini bermakna hanya barangan berasaskan Petroleum sahaja yang masih kekak dikenakan cukai. Konsep pelabuhan bebas cukai ini sama juga dengan konsep Zon Bebas Cukai dan ini bermakna semua barangan tidak akan dikenakan cukai selagi ia berada di zon labuan.
Majoriti kargo yang dikendalikan di pelabuhan itu adalah bagi industri minyak dan gas dan hanya sebahagian kecil antara lima hingga 10 peratus terdiri daripada barangan pengguna yang kebanyakannya rokok dan minuman keras. Ini bermakna pelabuhan Labuan ini adalah pusat sehenti bagi kapal-kapal pengangkut minyak dari seluruh dunia dan menjalankan operasi mereka di sini.Labuan Liberty Port Management(LLPM) telah diberi tanggungjawab menyediakan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan ini dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang perlu yang mematuhi Kod Keselamatan Kemudahan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa.
Wednesday, November 25, 2009
Lapangan Terbang Labuan
Lapangan Terbang Labuan terletak 8 kilometer dari Bandar Labuan menyediakan kemudahan canggih dan menepati ciri-ciri keselamatan dan piawai antarabangsa. Pada masa ini, lapangan terbang ini telah diperbesarkan untuk kemudahan pesawat yang lebih besar seperti Boeing 777 dan pesawat Airbu330 dapat mendarat di Labuan. Lapangan terbang ini juga mempunyai 3 buah "aerobridges". Pada tahun 2008 Lapangan Terbang Labuan telah menerima 550,859 orang penumpang dan 11,328 penerbangan dan lebih 4,500 tan metrik kargo. Lapangan terbang ini juga mampu menampung 1.2juta penumpang setahun.
Balai ketibaan dan perlepasan
Ruang yang luas melancarkan segala proses pejalanan
AirAsia sentiasa menjadi pilihan pengguna kerana harga yang berpatutan
Kaunter daftar masuk untuk penerbangan AirAsia
Tugu Peringatan Perang
Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.
Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.


Friday, November 20, 2009
Tokong Lapan Dewa

Tokong Cina “Lapan Dewa”
Tokong “Tao” ini merupakan salah satu daripada berbilangan tokong Cina di Pulau Labuan ini. Struktur ini agak baru dan dibina oleh kominiti Hokkien. Pada bulan kesembilan pada setiap tahun ‘luna’, tokong ini mengadakan perayaan meriah bagi kelahiran “Maharaja Sembilan”, dewa dari mitologi Cina. Bagi pelancong asing yang ingin melihat kelainan budaya boleh la datang melawat Tokong Tao ini. Komuniti cina di sini masih mengamalkan budaya dan kepercayaan mereka dengan bebas dan hidup aman damai di Malaysia di bawah semangat SATU MALAYSIA!!
Sejarah Tiga Wilayah

Bendera rasmi Wilayah Persekutuan sejak 23 Mei 2006
Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bendera British Colony yang diguna pakai sebagai bendera Labuan dari 1912-1946
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.
Terminal Feri Antarabangsa
Terminal Ferri Antarabangsa Labuan menawarkan kemudahan perjalanan laut antara Labuan, Sabah, Brunei dan Sarawak. Antara destinasi ferri berkelajuan tinggi ini adalah Kota Kinabalu, Limbang, Lawas, Sipitang dan Menumbok. Waktu operasi terminal feri ini adalah Isnin hingga Ahad 7 hari seminggu. Jadual perjalanan ferri boleh di dapati di Terminal Ferri Antarabangsa Labuan. Jadi sesiapa yang nak datang ke Labuan melalui perjalanan laut boleh naik ferri ini dari mana-mana terminal ferri di tanah besar. Terminal ferri dekat Labuan ini selesa jangan risau..
Memang bosan kalau tunggu lama-lama nie!
Kompleks Ujana Kewangan

Pusat kewangan sehenti yang di kenali sebagai Kompleks Ujana Kewangan Labuan menjadi mercu tanda kemajuan Wilayah Persekutuan Labuan. Bangunan yang sebiru air Laut China Selatan ini menempatkan pusat hentian Bank, Insurance dan pelbagai syarikat besar yang melabur di Labuan.
Pusat membeli belah ini juga dibuka untuk kegiatan peruncitan , perbankan tempatan, Kondominum dan service apartment juga disediakan Kemudahan seperti ruang persidangan, bilik mesyuarat juga di sediakan dengan spekfekasi moden bagi penganjuaran mesyuarat, persidangan, seminar, pameran, persembahan kesenian, konsert mahupun majlis makan malam.
Kegiatan Ekonomi Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan yang dikelilingi lautan luas kaya dengan sumber perikanan yang memberi punca rezeki kepada penduduknya. Sebelum ini kegiatan perikanan adalah sumber ekonomi utama penduduk Labuan sebelum sektor industri dan pelancongan mengambil alih kegiatan ekonomi penduduk Labuan. Pulau bebas cukai ini juga telah menarik minat pelabur-pelabur asing dan tempatan untuk menjalankan kegiatan ekonomi di Labuan. Walaubagaimnapun kegiatan perikanan masih juga rancak berjalan di sini. Jadi sesiapa yang nak merasa ikan segar datanglah ke Labuan...
Thursday, November 19, 2009
Taman Botanikal - Labuan
Taman Botanikal Labuan salah sebuah taman rekreasi yang dihiasai landskap yang menarik dan di teduhi pohon-pohon yang hijau merimbun. Pelbagai spesis bunga raya dan tumbuhan herba di tanam di sini . Taman ini juga menyediakan sudut membaca, jambatan kayu, lorong reflexologi dan kawasan bersenam seperti Tai Chi.
Taman Botani ini terletak berhampiran dengan Rumah Kerajaan yang dibina pada 1852 atau di kenali sebagai Bumbung 12. Ia di bina memanjang dan rendah strukturnya dan mempunyai bentuk bumbung yang menarik. Walaubagaimanapun rumah ini telah sama sekali musnah dalam Perang Dunia Kedua.
Taman Botanikal Labuan terletak di Jalan OKK Abdullah 5minit perjalanan kereta dari Bandar Labuan
Taman Botani ini terletak berhampiran dengan Rumah Kerajaan yang dibina pada 1852 atau di kenali sebagai Bumbung 12. Ia di bina memanjang dan rendah strukturnya dan mempunyai bentuk bumbung yang menarik. Walaubagaimanapun rumah ini telah sama sekali musnah dalam Perang Dunia Kedua.
Taman Botanikal Labuan terletak di Jalan OKK Abdullah 5minit perjalanan kereta dari Bandar Labuan
Subscribe to:
Posts (Atom)