Labuan adalah kawasan pulau bebas cukai dan di wartakan pada 1 September pada 1956 di bawah Akta Kastam (Pindaan No 2) 1956 kecuali minuman keras, rokok dan barangan petroleum. Ini bermakna semua barangan adalah bebas cukai kecuali barangan berikut. Walaubagaimanapun pada belanjawan 1991 Kerajaan telah mengumumkan pengecuali cukai rokok dan minuman keras di Labuan. Ini bermakna hanya barangan berasaskan Petroleum sahaja yang masih kekak dikenakan cukai. Konsep pelabuhan bebas cukai ini sama juga dengan konsep Zon Bebas Cukai dan ini bermakna semua barangan tidak akan dikenakan cukai selagi ia berada di zon labuan.
Majoriti kargo yang dikendalikan di pelabuhan itu adalah bagi industri minyak dan gas dan hanya sebahagian kecil antara lima hingga 10 peratus terdiri daripada barangan pengguna yang kebanyakannya rokok dan minuman keras. Ini bermakna pelabuhan Labuan ini adalah pusat sehenti bagi kapal-kapal pengangkut minyak dari seluruh dunia dan menjalankan operasi mereka di sini.Labuan Liberty Port Management(LLPM) telah diberi tanggungjawab menyediakan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan ini dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang perlu yang mematuhi Kod Keselamatan Kemudahan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa.
Kira kapal-kapal bawak minyak banyak la yang lalu lalang kat sini erk?
ReplyDeleteMizi nak jadi Tokey Minyak ke?
ReplyDeletebukan...nak jadi puan besaq tauke minyak...so kena la selalu dok kat pelabuhan ni...
ReplyDeleteMohon info nya, apakah di labuhan tidak ada bank untuk menyimpan barang berharga atau bank besar? Please atas info nya. Terima kasih
ReplyDelete