Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Sunday, November 22, 2009

Makanan Johor di KL


Petang tadi aku dengan beberapa orang kawan jalan-jalan carik makan di sekitar Keramat. Kali ini kami memilih sajian dari Johor yang memang terkenal dengan masakan yang lazat. Restoran merah hitam ini berdekatan dengan bulatan keramat berdepan dengan Kilang Panadol. Jom kita rasa masakkan kat sini macam mana?....

Cincau Soda Bandung minuman kegemaran aku

Aku order Nasi Beryani Gam Ayam!! Sedap!! Harga RM9.00 sepinggan

Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah

Mee Rebus!! Sedap.....

Mee Bandung Muar!! Menu nie memang antara menu kegemaran aku!! susah nak cari yang bebetul sedap yang macam kat Muar. Tapi kat KL dah ada.. datang lah Restoran Mak Tim!!


Saturday, November 21, 2009

Madam Kwan's-Pavilion


Kalau aku nak makan laksa yang sedap biasanya aku akan pergi kat Restoran Madam Kwan's. Laksa dia memang sedap!!! aku suka gila dengan resepi laksanya. Semalam aku berkesempatan berkunjung di Restoran Madam Kwan's di Pavilion Bukit Bintang. Semasa masuk kat pintu restoran kami di sambut mesra dengan seorang wanita lebih separuh usia. Kelihatan semua pekerja Madam Kwan's sibuk, jadi wanita ini membawa kami ke meja dan mengambil order. Aku tertanya-tanya siapa wanita ini. Dia dah terlalu berusia untuk bekerja di restoran ini.

Selesai mengambil order dia kembali ke pintu masuk restoran itu untuk menyambut pelanggan. Aku bertanya kepada seorang pelayan di situ samada wanita itu Madam Kwan? Sah memang beliau la founder dan pemilik restoran yang terkenal kat KL ini. Wah!! aku sungguh teruja dengan kegigihan wanita bernama Kwan ini.. aku pun rasa berbesar hati sebab akhirnya dapat berjumpa dengan pencipta resepi Laksa kegemaran aku nie!! dan aku rasa berbangga sebab walaupun beliau pemilik restoran terkenal ini, dia tetap bertemu pelanggan dan melayannya dengan senyuman dan mesra. Cuma bodyguard dia jer yang aku takut nak dekat!! Hehehehhehehe.. Apapun semua pelayan dan pekerja Madam Kwan's memang best!! Cepat, Pantas dan Sedap!! Tahniah!!!


Inilah laksa kegemaran aku!! Kecur air liur!!


Sambal Sotong dgn Rendang Daging dia "Super sedap"

Cincau penghilang Daharga

Susun atur perabut di Restoran ini kemas dan menarik

Dekorasi yang simple tapi menarik di kaunter Madam Kwan's.


Sunday, November 15, 2009

Passage Thru India



Passage Thru' India terletak di No 235 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Passage Thru India sering mendapat anugerah dan antara restoran terbaik di Malaysia. Master Chef Passage Thru' India di bawa khas dari India memang terkenal dengan negara yang kaya dengan rempah ratus dan kari.

Masakannya menggunakan ramuan yang didatangkan khas dari Delhi Durbar sehingga ke Nawabi Lucknow. Nasi Beryani beraroma terkenal di benua Malabar juga ada di sini. Masakan kari yang paling terkenal dari Karnataka dan Tamil Nadu juga tersedia di sini. Tak payah pergi jauh untuk menikmati hidangan Maharaja dan Sultan dari India.. datang ajer kat Jalan Tun Razak!! MESTI CUBA!!



Pintu Gerbang Passage Thru' India


Kolam yang dihiasai kelopak mawar memberi seri warna

Namaste


Alunan musik India "Kuch Kuch Hota Hey" sedap dia nanyi

Hidangan Istana untuk Maharaja di India nie tau

Marsala Ayam .. Sedap!!

Tandoori Ayam berempah menaikkan aroma baunya bila diperah air limau

Kari Ikan Tenggiri di masak bersama yogurt!! Masam tapi sedap

Beryani! Beras import khas dari Delhi India

Special Menu.. tak ada dalam menu.. Chef masak khas untuk aku hari tu

Nasi Beryani !! Lembut lemak... masam.. manis.. masin semua ada

Ais Cream ini aku tak pernah rasa. Rasa rempah sikit berserta kacang almond


Peta lokasi



Nasi Ayam Hainan - B.Bintang




Nasi Ayam paling sedap aku pernah makan terletak dekat Bukit Bintang. Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng sudah terkenal sejak 1965 lagi. Masa tu aku sendiri belum lahir. Di usahakan oleh keluarga cina Nasi Ayam Hainan ini sentiasa menarik minat pengemar nasi ayam tidak mengira kaum. Nasi Ayam Hainan di sini telah mendapat pengiktirafan Halal oleh pihak JAKIM. Jadi kepada muslim jangan risau... HALAL!!




Ada dua jenis ayam iaitu ayam panggang dan ayam kukus

Menu sampingan yang memang sedap sangat! Kerabu Mangga!!

Isi ayam panggang memang lembut isinya berserta sos kicap yang lazat!!

Nasinya sedap dan berlemak berserta sup kacang tanah

Kangkung goreng belacan!! Sedap....





Nasi Kandar Pelita - Jln Ampang


Restoran Nasi Kandar yang paling sedap kat KL bagi aku adalah Pelita Nasi Kandar yang terletak di Jalan Ampang. Kalau nak tau serba sedikit sejarah nasi kandar... jommmm!!

Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.



Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.

Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.


Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.







Friday, November 13, 2009

Putrajaya Seafood Restoran


Restoran Seafood Putrajaya terletak di Taman Botani Presint 1, bersebelahan dengan Pejabat Perdana Menteri. Restoran terapung ini dibuat daripada Kayu Cengal pada semua konsep pembinaanya termasuk meja dan kerusinya. Pada satu-satu masa ia mampu menampung sehingga 250 pelanggan. Oleh kerana Restoran ini terapung dah dikelilingi tasik ,pemandangan senja kelihatan lebih menarik sambil menikmati hidangan.



Pintu masuk Restoran ini



Seolah-olah terapung di tengah tasik


Sambil makan seafood cuci mata



Thursday, November 12, 2009

Carik Makan - Kg Baru

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol). Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Bergitulah serba sedikit sejarah nasi dagang.

Jadi kalau aku nak merasa nasi dagang yang sedap kat Kuala Lumpur ini. Aku akan pergi kat Kampung Baru! Mek-mek Kelantan kat situ pun comey-comey belako!! Jommm kita makan dulu!!


Masalah biasa kat Kg Baru!! Parking memang susah nak dapat


Berderet-deret lauk pauk ada di jual kat sini


Ayam masak rempah kegemaran aku!! Panas lagi..

Nasi Dagang kena makan dengan acar timun dan sambal serta Ikan Tongkol!!


Pencuci mulut yang di jual kat sini! Semua manis-manis belaka