Saturday, November 21, 2009

Madam Kwan's-Pavilion


Kalau aku nak makan laksa yang sedap biasanya aku akan pergi kat Restoran Madam Kwan's. Laksa dia memang sedap!!! aku suka gila dengan resepi laksanya. Semalam aku berkesempatan berkunjung di Restoran Madam Kwan's di Pavilion Bukit Bintang. Semasa masuk kat pintu restoran kami di sambut mesra dengan seorang wanita lebih separuh usia. Kelihatan semua pekerja Madam Kwan's sibuk, jadi wanita ini membawa kami ke meja dan mengambil order. Aku tertanya-tanya siapa wanita ini. Dia dah terlalu berusia untuk bekerja di restoran ini.

Selesai mengambil order dia kembali ke pintu masuk restoran itu untuk menyambut pelanggan. Aku bertanya kepada seorang pelayan di situ samada wanita itu Madam Kwan? Sah memang beliau la founder dan pemilik restoran yang terkenal kat KL ini. Wah!! aku sungguh teruja dengan kegigihan wanita bernama Kwan ini.. aku pun rasa berbesar hati sebab akhirnya dapat berjumpa dengan pencipta resepi Laksa kegemaran aku nie!! dan aku rasa berbangga sebab walaupun beliau pemilik restoran terkenal ini, dia tetap bertemu pelanggan dan melayannya dengan senyuman dan mesra. Cuma bodyguard dia jer yang aku takut nak dekat!! Hehehehhehehe.. Apapun semua pelayan dan pekerja Madam Kwan's memang best!! Cepat, Pantas dan Sedap!! Tahniah!!!


Inilah laksa kegemaran aku!! Kecur air liur!!


Sambal Sotong dgn Rendang Daging dia "Super sedap"

Cincau penghilang Daharga

Susun atur perabut di Restoran ini kemas dan menarik

Dekorasi yang simple tapi menarik di kaunter Madam Kwan's.


1 comment:

  1. aku suka makan kat Madam Kwan's KLCC!!! selesa dan sedap masakkannya!!

    ReplyDelete