Showing posts with label Kemudahan. Show all posts
Showing posts with label Kemudahan. Show all posts

Friday, November 27, 2009

Feri Wawasan Perdana


Apabila kita ingin ke Labuan melalui jalan laut, salah satunya adalah menggunakan perkhidmatan feri dari Pengkalan Feri Menumbok. Feri Wawasan Perdana ini adalah sebuah feri yang besar dan mampu memuatkan sekitar 80 buah kereta untuk setiap perjalanannya. .

Anda boleh memilih samada untuk berada terus di kenderaan masing-masing atau naik ke atas tempat duduk yang disediakan. Untuk menikmati pemandangan laut yang membiru anda juga boleh berada di tempat duduk atas sambil menonton filem yang ditayangkan oleh pihak pengurusan untuk menghiburkan penumpang

Bilik berhawa dingin ini menyediakan lebih 400 tempat duduk bagi kemudahan penumpang. Bilik VIP juga di sediakan bagi penumpang yang inginkan suasana lebih privacy dan tenang sambil menonton TV. Perjalanan Feri Wawasan Perdana ini mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Labuan.


Sudah sampai!!! Jom jalan-jalan di Labuan!!




Pelabuhan Labuan


Labuan adalah kawasan pulau bebas cukai dan di wartakan pada 1 September pada 1956 di bawah Akta Kastam (Pindaan No 2) 1956 kecuali minuman keras, rokok dan barangan petroleum. Ini bermakna semua barangan adalah bebas cukai kecuali barangan berikut. Walaubagaimanapun pada belanjawan 1991 Kerajaan telah mengumumkan pengecuali cukai rokok dan minuman keras di Labuan. Ini bermakna hanya barangan berasaskan Petroleum sahaja yang masih kekak dikenakan cukai. Konsep pelabuhan bebas cukai ini sama juga dengan konsep Zon Bebas Cukai dan ini bermakna semua barangan tidak akan dikenakan cukai selagi ia berada di zon labuan.


Majoriti kargo yang dikendalikan di pelabuhan itu adalah bagi industri minyak dan gas dan hanya sebahagian kecil antara lima hingga 10 peratus terdiri daripada barangan pengguna yang kebanyakannya rokok dan minuman keras. Ini bermakna pelabuhan Labuan ini adalah pusat sehenti bagi kapal-kapal pengangkut minyak dari seluruh dunia dan menjalankan operasi mereka di sini.Labuan Liberty Port Management(LLPM) telah diberi tanggungjawab menyediakan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan ini dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang perlu yang mematuhi Kod Keselamatan Kemudahan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa.




Thursday, November 26, 2009

LRT PUTRA - RapidKL


Putra LRT adalah salah satu kemudahan pengangkutan awam yang disediakan oleh Syarikat Pasarana Negara Berhad di bawah RapidKL. Putra LRT menghubungkan kawasan Kelana Jaya hingga ke Gombak melalui 24 stesen hentian yang meliputi pusat bandar Kuala Lumpur. Pengangkutan keretapi tanpa pemandu ini dikawal sepenuhnya oleh komputer dan memenuhi piawai keselamatan antarabangsa.

Pada tahun hari ni Putra LRT ini mampu memberi khidmat kepada penumpang purata seramai 160,000 orang sehari dan mencecah 350,000 pada hari-hari tertentu terutama Hari Kebangsaan. Waktu operasi Putra LRT ini adalah dari jam 6.00pagi hingga 12.00malam. Semua stesen menyediakan kemudahan Touch N Go dan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).


Bagi pengguna yang ingin menukar haluan dan destinasi mereka boleh menukar pengangkutan kepada Monorail, KTM Komuter, KLIA Express dan LRT STAR di stesen-stesen tertentu. Bagi mereka yang ingin menukar haluan menggunakan LRT STAR boleh berhenti di Stesen Masjid Jamek. Bagi yang menukar haluan menggunakan Monorail, KTM Komuter , KLIA Transit atau KLIA Express boleh menukar haluan mereka di Stesen KL Sentral.


Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana bagi menambah laluan PUTRA LRT ini pada masa depan dengan menyambung laluan ke Lembah Subang hingga ke Putra Height Puchong. Kerja-kerja penambahan ini dijangka siap pada tahun 2012.



LRT STAR - RapidKL

STAR LRT menyediakan perkhidmatan keretapi aliran ringan meliputi kawasan Sentul hingga ke bahagian selatan Kuala Lumpur iaitu Seri Petaling dan bahagian timur iaitu Ampang. Landasan berkembar ini menyediakan 25 stesen hentian. Operasi LRT Star ini bermula dari jam 6.00pagi hingga 11.30 malam setiap hari.

Kemudahan LRT STAR ini banyak membantu warga kota bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Kota yang sesibuk Kuala Lumpur memerlukan kemudahan pengangkutan awam yang effisen
Kaunter Khidmat Pelangan yang disediakan di stesen PWTC
Warga kota yang ingin mengelakkan kesesakan jalan raya memilih menggunakan LRT STAR
Di harap RapidKL dapat memperbaiki kemudahan LRT STAR ini dari masa ke semasa.
Peta laluan LRT STAR




Wednesday, November 25, 2009

Lapangan Terbang Labuan

Lapangan Terbang Labuan terletak 8 kilometer dari Bandar Labuan menyediakan kemudahan canggih dan menepati ciri-ciri keselamatan dan piawai antarabangsa. Pada masa ini, lapangan terbang ini telah diperbesarkan untuk kemudahan pesawat yang lebih besar seperti Boeing 777 dan pesawat Airbu330 dapat mendarat di Labuan. Lapangan terbang ini juga mempunyai 3 buah "aerobridges". Pada tahun 2008 Lapangan Terbang Labuan telah menerima 550,859 orang penumpang dan 11,328 penerbangan dan lebih 4,500 tan metrik kargo. Lapangan terbang ini juga mampu menampung 1.2juta penumpang setahun.

 

Balai ketibaan dan perlepasan

Ruang yang luas melancarkan segala proses pejalanan

AirAsia sentiasa menjadi pilihan pengguna kerana harga yang berpatutan

Kaunter daftar masuk untuk penerbangan AirAsia