Friday, November 27, 2009

Feri Wawasan Perdana


Apabila kita ingin ke Labuan melalui jalan laut, salah satunya adalah menggunakan perkhidmatan feri dari Pengkalan Feri Menumbok. Feri Wawasan Perdana ini adalah sebuah feri yang besar dan mampu memuatkan sekitar 80 buah kereta untuk setiap perjalanannya. .

Anda boleh memilih samada untuk berada terus di kenderaan masing-masing atau naik ke atas tempat duduk yang disediakan. Untuk menikmati pemandangan laut yang membiru anda juga boleh berada di tempat duduk atas sambil menonton filem yang ditayangkan oleh pihak pengurusan untuk menghiburkan penumpang

Bilik berhawa dingin ini menyediakan lebih 400 tempat duduk bagi kemudahan penumpang. Bilik VIP juga di sediakan bagi penumpang yang inginkan suasana lebih privacy dan tenang sambil menonton TV. Perjalanan Feri Wawasan Perdana ini mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Labuan.


Sudah sampai!!! Jom jalan-jalan di Labuan!!




9 comments:

  1. Lifejacket ada tak? Tak pandai berenang ah!!

    ReplyDelete
  2. ada jangan risau!! Feri ini ada ciri-ciri keselamatan!! kalau karam pun!! lifejacket ada!!

    ReplyDelete
  3. Wawasan Perdana sekarang ni dah makin teruk, kalau di ibaratkan manusia nyawanya dah 50-50 manatak dahlah di tarik menggunakan bot injin rosak tak di baiki, masa perjalanan pada 24.12.2009 sepatutnya 7.00 malam boleh berlepas dari labuan 10.00 malam.
    Lebih baik di jadikan tukun tiruan di laut agar harga ikan di labuan murah sikit.

    ReplyDelete
  4. Ini mungkin akan berlaku pada fari wawasan perdana amin..............

    Berita metro 04.01.2010

    SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas, manakala sembilan lagi terselamat selepas bot yang mereka naiki karam di Sungai Labuk, berhampiran Kampung Melapi, kira-kira 150 kilometer dari sini semalam.

    SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas, manakala sembilan lagi terselamat selepas bot yang mereka naiki karam di Sungai Labuk, berhampiran Kampung Melapi, kira-kira 150 kilometer dari sini semalam.
    Ketika kejadian, mangsa yang belum dapat dikenal pasti identitinya bersama yang lain menaiki bot itu untuk menangkap ikan.
    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 4.14 petang dan menghantar lima anggota serta sebuah jentera ke lokasi kejadian.
    Lokasi kejadian yang jauh menyebabkan anggota bomba tiba di situ kira-kira jam 6.30 petang dan tidak dapat melakukan operasi mencari disebabkan keadaan sudah gelap, katanya ketika dihubungi hari ini.
    Katanya daripada laporan awal yang diterima, terdapat 10 orang di dalam bot itu termasuk empat kanak-kanak dan bot yang mereka naiki karam selepas
    dipukul arus deras.
    Katanya penumpang lain serta pemandu bot itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.
    Mohd Razali berkata operasi mencari mangsa dilakukan hari ini termasuk membabitkan Unit Skuba. - Bernama

    ReplyDelete
  5. saya percaya semua rakyat cerdik pandai dan tahu menilai,feri wawasan perdana akan tetap beroperasi 365 hari setahun.
    bayangkan apa akan terjadi kepada penduduk labuan apatah lagi para peniaga jika feri wawasan perdana/warisan perdana berhenti beroperasi selama seminggu atau lebih... saya percaya ramai yang tahu jawabannya..

    ReplyDelete
  6. soal kerosakkan..
    tiada benda dalam dunia ni yang kekal.
    dalam setahun agak mustahil jika manusia tak jatuh sakit so begitu juga dengan kenderaan mahupun mesin... kerosakkan juga ada banyak jenis so kita tidak boleh memandang pada satu sudut sahaja... ada kerosakkan yang mudah diatasi dan ada kerosakkan yang perlu alat ganti.. jadi kita tak boleh menilai ikut suka hati.. kalau setakat nak cakap keburukan semua orang boleh buat. kita manusia telah diberi akal fikiran,mata untuk memandang dan budi bahasa jadi gunakan untuk melakukan perkara yang berfaedah.

    ReplyDelete
  7. isu kemalangan
    soal kemalangan susah kita nak kata.. melainkan kemalangan itu ada bau atau boleh memberitahu bila akan berlaku.. kemalangan juga ada banyak sebab malah bukan setakat pengangkutan laut sahaja tapi udara dan darat juga tak terkecuali. jadi tak perlulah kita meminta-minta bahawa kemalangan itu menimpa sesiapa apatah lagi anda sendiri..
    kita cuma perlu berusaha mencegah sebarang benda atau perkara yang boleh mendatangkan kemalangan... kemalangan ini bagi saya lebih kepada takdir ketentuan... budi bahasa amat penting kerana saya percaya tiada sesiapa yang minta kemalangan itu berlaku..

    Maka renung-renungkan lah

    Ulasan daripada penguna tetap penggankutan laut

    ReplyDelete
  8. huina..ko tgk skrg apa dah jd..rosak la wey feri bengap tu..mna de baek..org pnya tiket pkul 4 kna tunda pkul 10mlm..x gile ke tu..hr ni 8/9/10...dh la nk raye wey..

    ReplyDelete