Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau yang tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.
W.P Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir daripada arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan majoriti orang Melayu (dari suku kaum Kedayan dan Brunei) serta minoriti kaum cina ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990.
Peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (Peace Park iaitu tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur tentera asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun dan juga Taman Burung Eksotik.
Antara pejuang penentang penjajah di zaman pemerintahan tentera Jepun di Pulau Labuan ini adalah Jumidar Buyong . Beliau merupakan seorang Panglima Perang Laut di dalam angkatan tentera laut diraja British dan ditempatkan di pengkalan utama tentera laut British di Pulau Victoria ( nama Pulau Labuan sewaktu pemerintahan British ). Nama Beliau kemudiannya diambil sebagai nama sebuah jalan di W.P Labuan sebagai memperingati sumbangan dan jasa beliau di dalam usaha membebaskan Pulau Labuan daripada cengkaman penjajah.
Selain peninggalan sejarah zaman silam, W.P Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi pulau Labuan.
Labuan yang dahulunya hanya didiami oleh kaum nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.
*gambar ikhsan www.labuan.net
Selain peninggalan sejarah zaman silam, W.P Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi pulau Labuan.
Labuan yang dahulunya hanya didiami oleh kaum nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.
*gambar ikhsan www.labuan.net
aku rasa mcm nak gi Labuan la Next Month!! sapa nak ikot temankan aku?
ReplyDeleteJom ah!! Air Asia ada direct flight gi sana kan?
ReplyDeletePerghhh!! tentera Jepun menyerah kalah!! Nasib baik!!!
ReplyDeleteKalau tak kita kena tunduk ah jumpa orang Jepun!! Hait! Hait!!
ReplyDeletehuhuhu..... 1 hari leh abis klu kmu round labuan......
ReplyDeleteLabuan MMg Best!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletearroyo manyak labuan mari..mmg besttttssss.....
ReplyDeletewow. Saya baru sahaja bekerja di Labuan.
ReplyDeleteWant to know more about Labuan add my wechat :: jeremyquinones
ReplyDeleteKami sedia membantu!!! Jom ke Wilayah Persekutuan Labuan!! Kami jemput korg dengan baik !!
Antara pertanyaan yang boleh di tanya
: bahasa kami
:tempat menarik
:kos
: dan lain lain!!
Make WPLabuan as your holiday destination!