Sunday, November 15, 2009

Masjid Negara


Masjid Negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur. Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965, Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan turut merupakan pendekatan moden bagi konkrit diperkukuhkan, simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.


Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana. Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk.Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara.


"Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu persuruh Allah"

Air Pancur yang menghiasai halaman Masjid Negara

Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh pasukan 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan - arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (UK), and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Sekali pandang, menaranya berukuran 73 meter (245 kaki) tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.

Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.




9 comments:

  1. emm! kalau pun aku dah lama dok kl ni, lom lagi berkesempatan solat di masjid negara ni

    ReplyDelete
  2. Jom Solat Jemaat kat Masjid Negara!!

    ReplyDelete
  3. tp sayang.. senibina nya xsehebat mana..
    it should be something like this
    http://thewondrous.com/2009/08/40-most-beautiful-mosque-around-the-world/

    ReplyDelete
  4. correction
    http://thewondrous.com/2009/08/40-most-beautiful-mosques-around-the-world/

    ReplyDelete
  5. Cantik semua masjid tu bro... tapi yang penting jamaahnya... buat Masjid lawa-lawa pun tak ramai orang bersolat dalamnya.. mcm useless gak..

    ReplyDelete
  6. Setuju².. Masjid cantik-cantik tapi kosong tak bagus gak...

    ReplyDelete
  7. Emmmm! nak amik ayat dari citer nur kasih la"sebesau mana pun masjid tu, walaupun sowang jerk yg sembahyang pahala nyer tetap org yg wat masjid tu dapat"

    ReplyDelete
  8. Masjid Negara nie senibinanya nampak geometeri jer.... tempat tumpuan warga KL menunaikan solat Jumaat !!

    ReplyDelete