Putra LRT adalah salah satu kemudahan pengangkutan awam yang disediakan oleh Syarikat Pasarana Negara Berhad di bawah RapidKL. Putra LRT menghubungkan kawasan Kelana Jaya hingga ke Gombak melalui 24 stesen hentian yang meliputi pusat bandar Kuala Lumpur. Pengangkutan keretapi tanpa pemandu ini dikawal sepenuhnya oleh komputer dan memenuhi piawai keselamatan antarabangsa.
Pada tahun hari ni Putra LRT ini mampu memberi khidmat kepada penumpang purata seramai 160,000 orang sehari dan mencecah 350,000 pada hari-hari tertentu terutama Hari Kebangsaan. Waktu operasi Putra LRT ini adalah dari jam 6.00pagi hingga 12.00malam. Semua stesen menyediakan kemudahan Touch N Go dan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Bagi pengguna yang ingin menukar haluan dan destinasi mereka boleh menukar pengangkutan kepada Monorail, KTM Komuter, KLIA Express dan LRT STAR di stesen-stesen tertentu. Bagi mereka yang ingin menukar haluan menggunakan LRT STAR boleh berhenti di Stesen Masjid Jamek. Bagi yang menukar haluan menggunakan Monorail, KTM Komuter , KLIA Transit atau KLIA Express boleh menukar haluan mereka di Stesen KL Sentral.
Pengangkutan pilihan aku kalau nak pergi KLCC!! Parking kat KLCC mahal!! menjimatkan kalau naik Putra ajer...
ReplyDeleteLepas nie ada train baru yang lebih panjang dan memuatkan lebih penumpang!! pepagi takdek la sesak lagik!!
ReplyDeletetapi LRT ni kalu pagi. susah nak masuk..datang je penuh..ermmm kena tunggu lama gak.. tapi kalu nak pi shooping dekat KLCC better naik LRT. JIMAT
ReplyDelete