Monday, November 23, 2009

Masjid Asy- Syakirin KLCC


Masjid Asy-Syakirin terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur berhampiran pusat membeli belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas . Masjid ini menjadi tumpuan umat islam sekitar untuk bersolat terutama ketika solat Jumaat. Warga kota yang bekerja sekitar KLCC akan berpusu-pusu menyemarakkan masjid ini setiap kali Solat Jumaat. Antara aktiviti masjid ini adalah mengadakan kuliah subuh, syarahan agama, majlis bacaan yassin dan pelbagai aktiviti keagamaan. Masjid Asy-Syakirin melambangkan kebesaran Islam dan kepentingannya sebagai agama rasmi di Malaysia berdasarkan kedudukannya yang terletak di antara dua buah bangunan yang tertinggi di dunia.

Masjid yang berkonsepkan permata dalam taman buatan manusia ini mempunyai kubah berwarna kelabu.


Struktur bangunan masjid itu yang diperbuat daripada batu marmar dibina di atas kawasan seluas 2.02 hektar . Motif bintang di siling bahagian bawah dipenuhi dengan motif ukiran tradisional Islam yang mempunyai pengaruh dari Uzbekistan.


Masjid ini mempunyai ciri-ciri seni bina menarik dari Asia Barat yang digabungkan dengan cita rasa Asia Timur dan hiasan dalaman yang menakjubkan.


7 comments:

  1. I SUKE BLOQ Y YANG NI MENARIK DAN....ADA PENGETAHUAN YANG I DAPAT DARI BLOQ NI K....

    ReplyDelete
  2. Emm...sesama la kita kongsi apa yang kita tahu!!
    kalau ada sesiapa yang nak tambah silakan..

    ReplyDelete
  3. aku tak pernah lagi solat kat masjid ni

    ReplyDelete
  4. Masjid Moden di tengah kota raya Kuala Lumpur!! Alhamdulilah!! Nur Islam masih kuat kt KL

    ReplyDelete
  5. berapa kapasiti jemaah di masjid ni pada satu-satu waktu solat?

    ReplyDelete
  6. kapasiti jemaah boleh dimuatkan dalam satu2 masa dalah sebanyak 12600 orang pada solat jumaat khususnya bagaimanapun jumlah ini masih lagi tidak dapat menampung jumlah orang yg datang untuk menunaikan solat jumaat dimasjid ini

    ReplyDelete
  7. Info menarik, izinkan saya share terima kasih

    ReplyDelete