Showing posts with label Membeli Belah. Show all posts
Showing posts with label Membeli Belah. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

The Mall


The Mall pusat membeli belah terawal yang di bina di Kuala Lumpur. Lebih 200 kedai dan gerai makanan di sediakan di dalam kompleks membeli belah ini. The Mall berdekatan dengan PWTC dan Pan Pacific Hotel. Pusat membeli belah ini biasanya akan sibuk di hujung minggu kerana acara dan pelbagai pameran di adakan di Pusat Dagangan Dunia Putra yang berhampiran. Di sebelah The Mall pula terletak Legend Kuala Lumpur hotel 5 bintang yang menyediakan 620 bilik untuk para tetamunya.


Parkson Grand pula menawarkan pelbagai jenis pakaian berjenama, fesyen, kasut, beg tangan, minyak wangi dan sebagainya. Jika ingin mencari barang keperluan harian seperti sayuran segar ,buah-buahan mahupun ikan segar Cold Storage sedia menawarkan produk terbaik mereka di sini.


Chrismas di The Mall

Besar-besar hadiah Christmas kat sini

Ruang membeli belah yang selesa



Sunday, November 22, 2009

KL Bird Park - Cenderahati


Kalau melawat satu tempat memang tak sah kalau kita tak membeli cenderhati sebagai kenangan-kenangan. Di KL Bird Park ini di sediakan kedai cenderhati yang menawarkan pelbagai barangan yang boleh dijadikan kenangan oleh pelawat. Gerai cenderahati yang di beri nama Hornhill Giftshop ini menjual barangan kraft, t-shirt, anak patung , rantai kunci dan sebagainya. Harga dia berpatutan.. jangan risau!! Mampu milik!!


Ukiran kayu berbentuk Burung Enggang

Anak-anak patung burung yang comel-comel belaka

Orang hutan promosi separuh harga!!

Ukiran ayam ini cantik dan unik sekali

Ukiran kayu pelbagai spesis binatang



Saturday, November 21, 2009

Halaman Pavilion


Semalam lepas layan konsert TMnet kat Jalan Bukit Bintang aku layan lepak kat Halaman Pavilion. Bergermalapan suasana sekitar Pavillion malam itu. Maklumlah Krismas tak lama lagi, pokok-pokok krismas yang dihiasi lampu berwarna warni memeriahkan lagi suasana krismas. Paling aku kagum Rusa putih dibentuk bercahaya . Kreatif sungguh la pencipta dekorasi krismas kali ini. Lepak depan fountain berbentuk mangkuk khayal diulit alunan pancuran air berserta warna fountain tu. Unik sekali sebab warna fountain ini berubah-ubah warna mengikut irama air itu. Pemuzik jalanan mengalunkan lagu menjadikan suasana bertambah happening.





Unik dan menarik sekali fountain ini di waktu malam



Rusa Santa dah sedia terbang hantar Hadiah kat korang!


Hiburan percuma juga di sediakan di Halaman Pavilion..Layannn..!!



Lot 10 - B.Bintang



Lot 10 kompleks membeli belah di tengah-tengah Kuala Lumpur dan kawasan hiburan Bukit Bintang. Secara rasminya di bukan pada 1 August 1991 mudah dikenali kerana warna hijau yang menyerah dari jauh. Terdapat 100 peruncit berniaga di dalam kompleks membeli belah ini. Antara kedai yang terdapat di sini adalah Timberland, TopShop, Nike, Espirit, G2000, ISetan dan sebagainya. Tedapat Dome Cafe juga di tingkat bawah Lot 10. Jom shooping kat Lot 10!!


Macam dalam kapal angkasa


Reka bentuk Silver menyerahkan senibina Lot 10

Christmas di Lot 10

Wajah-wajah Bintang Walk




Low Yat - Gedung IT


Plaza Low Yat tak perlu di perkenalkan lagi untuk mereka yang menggunakan kemudahan teknologi IT sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Syurga membeli belah untuk pengemar gadget seperti komputer riba, komputer, telefon mudah alih, kamera, alat ganti komputer dan sebagainya. Senang cerita semua benda yang berkenaan teknologi maklumat ada di jual di sini. Aku sendiri dah 3 buah laptop 2 buah PC dah bertukar ganti dan aku memang beli kat sini. Murah dan berpatutan, yang pentingnya berkualiti. Transaksi kat sini lebih kepada cash, kalau nak guna credit kad boleh tapi peniaga kat sini akan kenakan cas tambahan 2%-3% ke atas harga belian pelanggan. Kepada sesiapa yang tak tahu kat mana Plaza Low Yat! ia terletak di Jalan Bukit Bintang berdekatan dengan Federal Hotel belakang Bangunan YTL!


Tingkat bawah Plaza Low Yat

Semuanya ada sini!!


Promosi Anti Virus AVP!!



Sunday, November 15, 2009

Christmas - Pavillion


Jingle Bell!! Jingle Bell!! Jingle all the way!! Nampaknya christmas datang tak lama lagi. Semua penganut Kristian sudah tentu tidak sabar menunggu 25 December untuk meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan. Pusat membeli belah juga tak lupa membuat dekorasi masing-masing bagi menarik minat pengunjung datang membeli belah di tempat mereka. Kelmarin aku sempat mengunjungi Pavillion dia Bukit Bintang untuk menonton wayang 2012. Sempat juga aku snap beberapa gambar untuk di kongsi bersama . Dekorasi di Pavillion yang sungguh menarik dengan tema mereka tahun nie " Royale Christmas"


Jingle Bell Jingle Bell.. Rusa si Santa dah sedia nak terbang


Macam betul jer rusa Santa Claus nie

Sesiapa yang nak jumpa Santa kat sini... datang kat Pavillion

Pokok Christmas yang tinggi melangit!! Meriah!!


Dekorasi di halaman Pavillion si Rusa Putih!! kalau malam lagi cantik rasanya




Friday, November 13, 2009

Souq Bazaar - Putrajaya


Souq adalah perkataan Persia yang merujuk laluan kecil dipenuhi gerai-gerai.

Souq yang terletak di tingkat bawah Masjid Putra di Putrajaya ini seakan-akan sebuah bazaar terkenal di dunia kerana mempunyai gerai-gerai yang menawarkan pelbagai barangan unik.

Souq yang menempatkan lebih 50 gerai menawarkan makanan seperti kurma Turki, jam buatan sendiri, kacang, selain pakaian dan aksesori, cenderamata, kraf tangan dan banyak lagi.




Lukisan Mural berkenaan perdagangan masyarakat arab pada deretan dinding kedai


Gerai Cenderahati

Kalau nak cari Batik kat sini la tempatnya

Batik dan Songket pada harga yang berpatutan

Deretan kedai yang menjual pelbagai barangan

Bahagian luar Souq yang turut menjual pelbagai barangan

Taman Permainan Kanak-Kanak juga di sediakan di sini