Thursday, November 12, 2009

Istana Budaya


Keunikan senibina ISTANA BUDAYA bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Dilihat dari atas, bangunan ISTANA BUDAYA berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung ,lambang pemula upacara yang sering digunakan didalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.


Logo ISTANA BUDAYA diadaptasi dari gubahan sirih junjung. Sirih junjung adalah lambang pemula upacara, pembuka kata dan pemanis bahasa, yang merapatkan hubungan antara pengunjung dan penyambut. Ia juga sering digunakan di dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara-upacara lain.



Laluan masuk utama ke Panggung Sari melambangkan pintu masuk utama ke Balairong Seri Istana Kesultanan Melayu di Zaman Silam. Lobi teater di tingkat tiga menyerupai rekabentuk rebana ubi – gendang tradisional Melayu. Sebaik sahaja anda berada di dalam Panggung Sari, anda seakan-akan berada di dalam istana di zaman silam. Anjung orang kenamaan di kanan dan kiri mengambil konsep jendela rumah Melayu.



Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama ,serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga tradisional rumah Melayu Melaka.


4 comments:

  1. Cantik betul la Istana Budaya... bebetul macam Istana ah!!

    ReplyDelete
  2. Aku harap gak aku jadi Raja kat Istana Budaya tu... Since Istana tu tak beraja kan.... hehehehehhe

    ReplyDelete
  3. Tengok Puteri Gunung Ledang kat sini dulu!! BEST GILE!!!

    ReplyDelete
  4. Aku tak sempat nak tengok PGL ah... tiket abis!!

    ReplyDelete