Monday, November 9, 2009

Aktiviti - Dataran Merdeka


Sabtu 8 November lepas secara tak sengaja aku tersesat dekat Dataran Merdeka. Ada pameran dan gerai jualan bagi barang-barang kraft yang di sertai oleh pelbagai peserta antaranya Arkib Negara Malaysia, Bernama, RTM, Muzik FM dan sebagainya. Ada sesuatu yang menarik minat aku adalah permainan Orang Asli. Aku pun lupa jenis mainan yang di tunjukkan. Sempat la juga aku snap beberapa keping gambar untuk di kongsi bersama. Barang-barangan kraftangan juga ada di jual di sini. Jom la datang kat Dataran Merdeka setiap hari sabtu jam 6.30ptg hingga 12.00mlm.



Menara Bangunan Sultan Abdul Samad masih utuh sehingga kini


Orang Asli dari Gombak juga menyertai aktiviti ini.


Awek Orang Asli nie buat demo permainan masyarakat mereka


Antara barangan Kraft Orang Asli yang di jual


Demostrasi membuat tembikar dari tanah liat

Apa yang menarik bende nie berpusing tanpa guna mesin atau letrik pun

Bakul-bakul comel yang boleh dijadikan barangan cerderahati perkahwinan

Bakul-bakul buatan tangan yang halus seni kraftnya

Orang ramai berkunjung walaupun hujan turun renyai-renyai malam tu..


1 comment:

  1. tetiap sabtu ada Aktiviti la erk kat Dataran!! kalau beboring boleh ah lepak situ sambil cuci mata.....

    ReplyDelete