Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.
Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.
Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.
Kita banyak terhutang dengan pengorbanan diaorang semua!!
ReplyDeleteZaman dulu kena berperang bagi mempertahankan kedaulatan negara... generasi sekarang kena banyak bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman dan damai kat Malaysia...
ReplyDeleteAdakah mereka datang sebagai pejuang atau penceroboh seperti di Iraq dan Afghanistan suatu bentuk kependudukan alaf baru.Adakah tentera asing datang ke bumi Malaysia hanya untuk sama-sama berjuang memberi kemerdekaan percuma atau untuk bersaing mendapatkan tempat sesama penjajah.....
ReplyDelete