Sunday, November 22, 2009

Stesen KTMB


Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Persekutuan Keretapi Tanah Melayu (bahasa Inggeris: Federated Malay States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.


Arthur Benison Hubback, seorang pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan Awam, bertanggungjawab mereka bentuk stesen ini. Pernah berkhidmat di India, dia menggunakan pengetahuannya mengenai seni bina Inggeris-Asia di kawasan itu dalam reka bentuk stesen ini.


Dengan kos RM23,000, stesen ini siap dibina dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1910. Selepas perobohan Stesen Residen dan pengasingan Stesen Jalan Sultan, Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Sebuah hotel, Hotel Stesen (kini Hotel Stesen Warisan), mengambil sebahagian ruang stesen. Pada 1995, perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan di stesen ini.

Senibina Stesen Keretapi Tanah Melayu masih lagi kekal menjadi warisan kita.



3 comments: