Monday, November 9, 2009

1 Malaysia - KL Majmuk



Mengikut bancian penduduk pada tahun 2000 jumlah peduduk Kuala Lumpur adalah berjumlah 1.4juta orang yang terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan. Kaum-kaum utama terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, Indian dan lain-lain kaum. Mereka hidup aman damai dan saling bekerjasama untuk membangunkan Malaysia. Berikut adalah ringkasan berkenaan kaum yang tinggal di Kuala Lumpur.

MELAYU
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.

Di Kuala Lumpur masyarakat Melayu kebanyakkan bertumpu di kawasan seperti Kampung Baru. Ramai juga kaum Melayu yang berhijrah dari kampung ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur. Mereka tinggal di kawasan seperti Wangsa Maju, Setapak, Setiawangsa Keramat dalam penempatan berpusat. Masyarakt Melayu ada juga berniaga di kawasan terkenal seperti Jalan Tunku Abdul Rahman , Chow Kit dan Pasar Malam.

CINA
Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.

Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur. Masyarkat Cina di Kuala Lumpur ramai tertumpu di pusat-pusat perniagaan. Mereka mendominasi perniagaan di sekitar Kuala Lumpur seperti disekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Petaling, Sentul , Wangsa Maju dan Setapak.

INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.

Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

Di Kuala Lumpur masyarakat India tinggal bersama-sama kaum lain iaitu Melayu dan Cina. Tempat yang terkenal dengan masyarakat India di Kuala Lumpur adalah Brickfiled yang diberi jolokan Little India. Masyarakat India di sini berniaga makanan, pakaian, buah-buahan dan sebagainya. Apabila tiba musim perayaan seperti Deepavali, Brickfiled menjadi tempat paling sibuk yang dikunjungi masyarakat India membeli belah.









3 comments: