Apabila anda berada di Taman Burung Kuala Lumpur, burung jinak yang anda temui adalah Burung Merak. Si Merak ini dilepaskan bebas di dalam Taman Burung ini. Melihat aksi dan gelagat Si Merak ini membuatkan kita bergitu kagum dengan keindahan bulu dan warna ekornya yang kembang berwarna warni! Makin kita puji si Merak ini.. makin dia mengembangkan dan mengoyang-goyangkan ekornya.. Bangga sungguh si Merak ini dengan kecantikkan dia!!
Merak Biru atau Merak India, yang dalam nama ilmiahnya Pavo cristatus adalah salah satu burung dari tiga spesies burung merak. Merak Biru mempunyai bulu berwarna biru gelap mengilap. Burung jantan dewasa berukuran besar, panjangnya dapat mencapai 230cm, dengan penutup ekor yang sangat panjang berwarna hijau metalik. Di atas kepalanya terdapat jambul tegak biru membentuk kipas. Burung betina pula berukuran lebih kecil dari burung jantan. Bulu-bulunya tidak menyerlah, berwarna coklat kehijauan dengan garis-garis hitam dan tanpa dihiasi bulu penutup ekornya.
Merak jantan adalah poligami spesies, mempunyai pasangan lebih dari satu. Pada musim berbiak, burung jantan mempamerkan bulu ekornya di depan burung betina. Bulu-bulu penutup ekor dibuka membentuk kipas dengan bintik berbentuk mata berwarna biru. Burung merak betina biasanya menetaskan tiga sampai enam butir telur dalam proses ia mengeram.
hang pandai spam kot blog4ft!
ReplyDeleteHahahah Spam? hehehe.... ala just post jer!! ada cerita boleh sembang!! takdek bahan... susah nak cerita bro...
ReplyDeleteCantek gila!! Burung Merak tu!!
ReplyDeleteJinak gila....!!
Photo yang menarik!
ReplyDeletehehehe..saye pon adew ge bird park nie gak..siap kutip bulu die banyak2..spesis lain burung ini ialah merak hijau, merak congo, merak pongsu...merak putih tak dikira sebagai satu species kerana ia dtg dari merak biru atau hijau...merak putih pavo albinus...saye start wat research pasal keluarga kuang nie sejak umo saye 9 tahun lagi...sekarang saye dah 17..hehehe..bersyarah plak...
ReplyDelete