Saturday, October 17, 2009

HAPPY DEEPAVALI!!

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Agama Hindu diseluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bermaksud cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (Antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.






KOLAM kat MidValley Megamall



KOLAM dekat KLCC



KOLAM kat Jusco Alpa Angle Wangsa Maju

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.




Tarian Merak!! Tarian tradisi masyarakat India



Cantik penari perempuan nie buat persembahan!!



Persembahan kebudayaan sempena Deepavali di KLCC!!!



V(-_-)v



1 comment: