Friday, December 11, 2009

Muzium Polis Di Raja Malaysia




Muzium PDRM telah diilhamkan oleh PGB Waller pada tahun 1950. Beliau ialah seorang Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis. Perasmian pertama Muzium PDRM adalah pada 09 Januari 1961 oleh DYMM ke 3.

Pada tahun 1983 perancangan membina Muzium baru telah diilhamkan oleh Tun Hanif Omar di Mes Pegawai Kanan PDRM di Jalan Venning. Pada tahun 1997 Muzium PDRM telah siap dibina dan dibuka pada orang awam pada 2 Oktober 1998. Muzium PDRM telah dirasmikan pada 24 Julai 1999 oleh Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi.







Muzium PDRM turut membuat pameran disekitar bahagian luar Muzium PDRM. Pameran GMC, Kapal terbang CESSNA, meriam-meriam dan bot marin PA4. Turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM. Di Muzium PDRM terdapat sebuah dataran yang dikenali sebagai Dataran perwira yang mempamerkan nama-nama anggota PDRM yang telah terkorban sewaktu menjalankan tugas.





FUNGSI
MUZIUM POLIS DIRAJA MALAYSIA

  • Membuat koleksi sebanyak mungkin bahan-bahan yang berhubungkait dengan sejarah dan budaya, kejayaan, kepahlawanan dan artifak yang berhubung dengan perkara di atas.
  • Menjalankan kerja-kerja dan penyelidikan terperinci ke atas pemimpin-pemimpin tertinggi Polis diraja Malaysia , anggota-anggota dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dalam menaikkan imej pasukan.
  • Menimbulkan kesedaran dan rasa megah terhadap pasukan serta cintakan negara.
  • Menyelamat warisan sejarah dan budaya yang mempunyai nilai sejarah dan budaya yang bercorak kepolisan.
  • Mempamerkan secara sistematik bahan dan kajian yang telah di perolehi.
  • Menjalankan penyelidikan ke atas sejarah budaya dan tradisi di semua negara di samping dapat menyebarkan melalui jurnal dan pameran kepada masyarakat untuk pengetahuan serta menanamkan semangat kerjasama yang jitu kepada pasukan polis.





Muzium PDRM mempunyai kemudahan yang seperti Kaunter Informasi, tempat menyimpan barang, Kafeteria, Tandas Awam, Perpustakaan (Rujukan/Penyelidikan) dan Kedai Cenderamata. Muzium PDRM turut mempunyai kawasan meletak kenderaan di dalam dan di luar kawasan Muzium.












Pengalaman saya melawat Muzium Polis DiRaja Malaysia ini benar-benar memberikan saya gambaran sebenar tentang peritnya polis bertugas demi menjaga keamanan kita. Mereka bukan sahaja berkorban nyawa malahan berkorban segala-galanya bagi memastikan keamanan dan kedamaian yang kita kecapi sekarang adalah dapat di kekalkan.

Semasa melawat seorang diri di muzium ini saya dapat melihat sendiri pakaian dan pelbagai risalah pengganas komunis yang satu ketika dulu menjadi musuh no satu negara di pamerkan di sini. Saya juga melihat bagaimana komunis melakukkan kekejaman dan keganasan terhadap penduduk Malaysia. Komunis yang di ketuai oleh Ching Peng juga telah menyerah kalah dan meletak senjata adalah hasil dari rundingan pihak keselamatan kita.

Oleh itu jutaan terima kasih kepada pihak keselamatan kita terutama pihak polis yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas bagi memastikan keamanan di Malaysia ini berkekalan!! TABIK!!!


Alamat:
Muzium PDRM
No.5 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur

No. Tel:
603-22725689/90
603-22734740
Fax:603-22737850




10 comments:

  1. Emm... macam menarik ajer Muzium Polis nie!! Tak tau pun sebenarnya kita ada Muzium khas untuk polis...

    ReplyDelete
  2. Salaam nael,

    blog ni memang konprehensif giler psl KL.. rasanya kau memang LAYAK menang Peugeot 308 VTi tu!

    good luck bro! aku akan vote every entry kau! :-)

    ReplyDelete
  3. W'salam Ajami!

    Thanks ah sebab undi!!

    Blog4ft dia tak tengok keseluruhan blog ah bro.. dia dikira berdasarkan SINGLE ENTRY yang kita hantar tu...

    Maksudnya kalau kita cover banyak cerita tentang KL pun tak tentu boleh menang!! sebab yang di kira adalah SATU POSTING ajer...

    But... its OK..
    I buat blog bukan utk ganjaran...
    I buat blog untuk berkongsi maklumat dan bertukar pendapat...

    ReplyDelete
  4. nael...bila baca post u ni.. i rasa bangga dengan PDRM menjaga keamanan negara. cayalah!!

    ReplyDelete
  5. bleh sya tanya brap harga tiket muzium polis untuk kanak2,remaja dan dewasa??

    ReplyDelete
  6. wah nak pegi kalau macm nie....dekat jer damai perdana,kuala lumpur...wassalm

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum . . terima kasih kerana membantu saya buat research. . .
    kami sedang buat dokumentari dengan pihak muzium pdrm . . .interactive documentary special force VAT-69. . plz support hehe

    ReplyDelete
  8. pg la muzium pdrm nie..best...

    ReplyDelete
  9. thanks for this blog, i got a lot of information, since i got assingment about this museum. thnks!!!!!!!

    ReplyDelete