Hujung minggu saya biasa meluangkan masa berjogging di Tasik Perdana atau Tasik Titiwangsa. Kalau saya tak berjogging mungkin sekadar beriadah mengambil angin segar disekitar tasik ini . Minggu lepas saya tergerak hati untuk melawat Taman Orkid yang terletak di Tasik Perdana berdekatan dengan KL Bird Park. Dengan bayaran masuk RM1.00 berbekalkan camera Nikon D60 saya mengambil gambar bunga orkid disekitar taman ini. Bagi saya Orkid memang bunga yang unik dan cantik kerana ia mempunyai pelbagai jenis dan warna yang berseri membuatkan saya tak henti-henti menekan shuttle camera untuk memperolehi gambar yang menarik untuk di kongsi bersama.
Alang-alang saya dah bercerita tentang bunga orkid ini di sini biarlah saya terangkan serba sedikit yang saya tahu berkenaan Orkid untuk tatapan pembaca. Bagi pengembar Orkid pelbagai anggapan seperti Cantiknya!!... Wanginya!!.. Uniknya!!.. Mahalnya!!...Esotiknya!!.. adalah kata-kata biasa mereka dalam mereka meluahkan perasaan terhadap bunga unik ini.
Kalau dalam Bahasa Melayu orang panggil Orkid ini sebagai Anggerik. Bunga Orkid merupakan tanaman hiasan yang sesuai dengan iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Oleh kerana itulah Malaysia merupakan tempat taburan bunga orkid liar yang mencecah ribuan jenis. Para pengemar tanaman hiasan biasa memilih orkid sebagai koleksi mereka kerana saiz dan warna yang pelbagai.
Tahukan anda industri tanaman Orkid telah menyumbang kepada pendapatan negara melalui Pelancongan, Pendidikan, Industri Bunga-bungaan dan barangan kraftangan yang berasaskan Orkid. Ianya menjadi indutri Agro-Teknologi yang menjana pendapatan kepada Malaysia.
Orkid boleh diketegorikan kepada beberapa peringkat dalam kitaran hidupnya. Iaitu terdapat 2 kelas iaitu Orkid Liar dan Orkid Hibrid. Jom saya ajar macam mana nak mengenalpasti dan membezakan Orkid Liar dan Orkid Hibrid. Dalam mengenal pasti piawai penulisan nama Orkid ini, Orkid liar menggunakan huruf besar pada huruf pertama sahaja dan diikuti dengan huruf kecil dan huruf 'italic' digunakan. Sebagai contoh nama orkid liar Phalaenopsis bellina. Sementara Orkid Hibrid pula menggunakan huruf tegak dan setiap perkataan dimulakan dengan huruf besar. Contoh nama orkid hibrid adalah Phalaenopsis Timothy Christopher. Jadi dari nama dan format penulisan kita boleh membezakan antara yang liar dan hibrid.
Orkid mempunyai 2 cara pertumbuhan iaitu :-
Monopodial - Orkid jenis ini mempunyai satu batang yang dipanggil stem dan hidup menegak dan daun-daun Orkid akan tumbuh pada setiap hujung batang stem tersebut. Ia akan mengeluarkan bunga melalui celah daun stem tersebut.
Simpodial - Orkid jenis bebawang ini akan mengeluarkan anak pokok apabila ia mencapai tahap matangnya. Bunga Orkid jenis ini juga akan mengeluarkan bunganya melalui celahan bebawang pokok.
Bunga Orkid jenis hibrid mendapat permintaan tinggi di kalangan peminat Orkid di Malaysia. Ini adalah kerana faktor-faktor berikut.
1. Warna bunga Orkid hibrid yang lebih cantik dan menarik
2. Tahan lasak jika dibandingkan dengan Orkid liar
3. Jangka hayat bunga yang lebih tahan lama.
4. Harganya lebih murah
5. Boleh di tanam melalui kaedah keratan batang.
6. Bunga Orkid hibrid lebih besar saiznya.
Bagi sesetengah orang menanam Orkid adalah satu hobi yang melecehkan kerana ia memerlukan jagaan dan rumit. Tetapi sebenarnya Orkid juga seperti bungaan yang lain yang memerlukan pengetahuan mengenai penjagaannya dengan betul. Orkid memerlukan penjagaan dan persekitaran yang sesuai untuk ia hidup subur dan berbunga.
Cara Menanam Orkid.
1. Pecahan batu bata.
-Salah satu media yang popular digunakan dan mudah didapati. Digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Biasanya dicampur sekali bersama dengan pecahan arang
2. Pecahan arang
- Juga media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit. Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Digunakan bersama dengan pecahan batu bata.
3. Sphagnum moss
-Cara yang popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapan dengan lebih lama. Ada juga penanam menggunakan 100% sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ini untuk mengekalkan kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.
4. Serbuk kayu
-Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.
5. Perlite
-Perlite semakin digemari di dalam penanaman orkid. Cara ini popular kerana ia mudah dikendalikan, ringan, tahan lama. Perlite juga boleh dicampur bersama dalam tanah pasuan untuk memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup ditanah.
6. Tunggul kayu
-Media ini sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah. Ia mudah diperolehi di dalam hutan,di ladang-ladang sawit atau di tepi sungai.
Cara penjagaan Orkid
Penjagaan seperti penyiraman air, pembajaan, pemerikasaan penyakit dan pembiakan perlu dilakukan jika kita mahukan pokok bunga Orkid hidup subur dan berbunga. Akar yang sehat akan menghasilkan tumbuhbesar yang subur kepada bunga orkid dan seterusnya bunga yang cantik dan berseri. Oleh kerana itulah kita harus memastikan masa yang sesuai untuk melakukkan siraman dengan mengambil kira faktor cuaca dan persekitaran. Contohnya kerapkan menyiram pokok Orkid semasa musim panas.
Proses pembajaan pula dilakukan mengikut kesuaian pokok bunga itu sendiri. Baja NPK (Nitrogen, Fosforus & Kalium ) dan baja organik biasa di gunakan untuk membaja pokok orkid.
B’GREEN seaweed adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi beberapa hormon semulajadi yang amat diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi elemen sebagai anti beberapa penyakit bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.
B’GREEN bloom & fruit adalah campuran baja bukan organik N P K +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuhan.
Kawalan penyakit dan perosak orkid juga perlu kerap dilakukan untuk memastikan orkid kita hidup subur. Penyakit seperti kulat,serangga,bakteria dan virus harus ditangani dengan lebih awal untuk mengelakkan pokok orkid kita mati. Penggunaan racun membunuh kulat dan serangga ini perlu dilakukan apabila terdapat tanda-tanda awal pokok orkid kita diserang penyakit.
Kesimpulannya
Menanam bunga orkid bukanlah rumit sangat sebenarnya. Cuma ia memerlukan kesabaran dan kerajinan untuk kita mendapatkan hasil yang memuaskan. Kita akan merasa kepuasan apabila pokok orkid yang kita jaga dan siram setiap hari akan mengeluarkan bunga yang cantik dan unik. Ia bukan sahaja mengindahkan halaman rumah kita malahan dapat memberikan kita pengalaman berharga dan belajar tentang bagaimana tumbuhan unik ini hidup.
cantik gambar12 orkid ni..orkid ni cantik dipandang tapi tak de bau..entah la..tak pernah plak saya jumpa berbau mcm bunga ros ke??? sekarang ni ramai org guna bunga ni kat weeding ganti ros...
ReplyDeleteOrkid memang bunga dia cantik!! tapi susah sikit kalau nak berbunga... sekali dia dah berbunga mesti hasilnya akan buat kita tersenyum!!
ReplyDeleteOrkid!! saya sendiri tak tau berapa banyak jenis orkid nie... sana sini saya tengok orkid ini pelbagai warna dan bentuk...
ReplyDeleteTapi satu yang saya tahu atas maklumat awak!! Beza antara orkid liar dan orkid kacok!!
Tahniah sebuah blog yang menarik. Bolehkah buat direktori gambar serta nama saintifik dan nama biasa orkid untuk memudahkan saya mengenalinya.
ReplyDeleteSaya minat dgn orkid..tapi kurang tahu ttg nama jenis pokok...diharap dapatlah memberi nama serta gambar setiap orkid
ReplyDeleteI LOVE ORKID...TAPI SYE X TAU LA NAK JAGE DIE NGAN BAEK..HE3
ReplyDeleteSAYA SUKA ORKID TAPI BILA NK JGE ORKID MEMANG SUSAH..
ReplyDeleteKepada yang minat bunga orkid. Boleh lah call saya untuk kita tukar Tukar pendapat n melawat taman taman orkid yg Ada di Malaysia (0122562100)
ReplyDeletebagaimana nak dapatkan/beli orkid hibrid dari KL sebab kat Sabah memang mahal, dari blog2 yg saya baca, kat sana sgt murah...ada tak pkidmatan mghantar/pos orkid kat sana?
ReplyDeletememang cantik orkid2 semua dan ada yang saya belum ada maklumlah orkid yang ada pada saya kebanyakan dari hutan sabah
ReplyDeleteRespect and that i have a tremendous offer you: Where To Start House Remodeling bungalow exterior makeover
ReplyDelete