Friday, November 27, 2009
Dataran Labuan
Apabila berada di Labuan.. jangan lupa singgah di Dataran Labuan untuk berehat sambil menghirup udara segar angin laut Labuan yang belum tercemar dengan pencemaran alam. Dataran Labuan adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi oleh setiap pelawat yang ke Labuan. Dataran Labuan adalah tempat yang popular untuk mengadakan acara-acara persembahan di pulau ini. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia juga berdiri megah di pentas dataran ini.
Padang bola sepak juga disediakan di hujung dataran ini. Dataran Labuan juga mempunyai replika "Chimney" yang menjadi mercu tanda Labuan. Di dataran ini juga adalah tempat bersantai keluarga pada hujung minggu sambil menikmati pemandangan indah dan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun di sini.
Feri Wawasan Perdana
Apabila kita ingin ke Labuan melalui jalan laut, salah satunya adalah menggunakan perkhidmatan feri dari Pengkalan Feri Menumbok. Feri Wawasan Perdana ini adalah sebuah feri yang besar dan mampu memuatkan sekitar 80 buah kereta untuk setiap perjalanannya. .
Anda boleh memilih samada untuk berada terus di kenderaan masing-masing atau naik ke atas tempat duduk yang disediakan. Untuk menikmati pemandangan laut yang membiru anda juga boleh berada di tempat duduk atas sambil menonton filem yang ditayangkan oleh pihak pengurusan untuk menghiburkan penumpang
Bilik berhawa dingin ini menyediakan lebih 400 tempat duduk bagi kemudahan penumpang. Bilik VIP juga di sediakan bagi penumpang yang inginkan suasana lebih privacy dan tenang sambil menonton TV. Perjalanan Feri Wawasan Perdana ini mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Labuan.
Pengkalan TLDM - Labuan
Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) merupakan cabang Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawap menjaga perairan dan kedaulatan negara dari dicerobohi oleh mereka yang berniat tidak baik. TLDM adalah tentera laut ke-3 terbesar di dalam gabungan negara ASEAN. TLDM pada masa ini mempunyai keupayaan terhad jika di bandingkan dengan anggota ASEAN yang lain. Walaubagaimanapun kerajaan akan terus memodenkan keperluan TLDM termasuk membeli Kapal Selam bagi mengimbangi kekuatan dan keperluan teknologi tinggi.
Oleh kerana Malaysia mempunyai perairan yang luas operasi TLDM harus diperluaskan di seluruh negara termasuk perairan Sabah dan Sarawak. TLDM juga menempatkan markas dan pengkalannya di Labuan. Tanggungjawab markas Labuan ini ialah menentukan kecekapan operasi, latihan dan pentadbiran yang licin kapal-kapal TLDM yang berada di bawah naungannya serta menentukan peralatan dan mekanisma untuk kapal-kapal yang beroperasi sentiasa memuaskan.
Pelabuhan Labuan
Labuan adalah kawasan pulau bebas cukai dan di wartakan pada 1 September pada 1956 di bawah Akta Kastam (Pindaan No 2) 1956 kecuali minuman keras, rokok dan barangan petroleum. Ini bermakna semua barangan adalah bebas cukai kecuali barangan berikut. Walaubagaimanapun pada belanjawan 1991 Kerajaan telah mengumumkan pengecuali cukai rokok dan minuman keras di Labuan. Ini bermakna hanya barangan berasaskan Petroleum sahaja yang masih kekak dikenakan cukai. Konsep pelabuhan bebas cukai ini sama juga dengan konsep Zon Bebas Cukai dan ini bermakna semua barangan tidak akan dikenakan cukai selagi ia berada di zon labuan.
Majoriti kargo yang dikendalikan di pelabuhan itu adalah bagi industri minyak dan gas dan hanya sebahagian kecil antara lima hingga 10 peratus terdiri daripada barangan pengguna yang kebanyakannya rokok dan minuman keras. Ini bermakna pelabuhan Labuan ini adalah pusat sehenti bagi kapal-kapal pengangkut minyak dari seluruh dunia dan menjalankan operasi mereka di sini.Labuan Liberty Port Management(LLPM) telah diberi tanggungjawab menyediakan pelan keselamatan kemudahan pelabuhan ini dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang perlu yang mematuhi Kod Keselamatan Kemudahan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa.
Thursday, November 26, 2009
LRT PUTRA - RapidKL
Putra LRT adalah salah satu kemudahan pengangkutan awam yang disediakan oleh Syarikat Pasarana Negara Berhad di bawah RapidKL. Putra LRT menghubungkan kawasan Kelana Jaya hingga ke Gombak melalui 24 stesen hentian yang meliputi pusat bandar Kuala Lumpur. Pengangkutan keretapi tanpa pemandu ini dikawal sepenuhnya oleh komputer dan memenuhi piawai keselamatan antarabangsa.
Pada tahun hari ni Putra LRT ini mampu memberi khidmat kepada penumpang purata seramai 160,000 orang sehari dan mencecah 350,000 pada hari-hari tertentu terutama Hari Kebangsaan. Waktu operasi Putra LRT ini adalah dari jam 6.00pagi hingga 12.00malam. Semua stesen menyediakan kemudahan Touch N Go dan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Bagi pengguna yang ingin menukar haluan dan destinasi mereka boleh menukar pengangkutan kepada Monorail, KTM Komuter, KLIA Express dan LRT STAR di stesen-stesen tertentu. Bagi mereka yang ingin menukar haluan menggunakan LRT STAR boleh berhenti di Stesen Masjid Jamek. Bagi yang menukar haluan menggunakan Monorail, KTM Komuter , KLIA Transit atau KLIA Express boleh menukar haluan mereka di Stesen KL Sentral.
LRT STAR - RapidKL
STAR LRT menyediakan perkhidmatan keretapi aliran ringan meliputi kawasan Sentul hingga ke bahagian selatan Kuala Lumpur iaitu Seri Petaling dan bahagian timur iaitu Ampang. Landasan berkembar ini menyediakan 25 stesen hentian. Operasi LRT Star ini bermula dari jam 6.00pagi hingga 11.30 malam setiap hari.
Kemudahan LRT STAR ini banyak membantu warga kota bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Di harap RapidKL dapat memperbaiki kemudahan LRT STAR ini dari masa ke semasa.
Wednesday, November 25, 2009
Lapangan Terbang Labuan
Lapangan Terbang Labuan terletak 8 kilometer dari Bandar Labuan menyediakan kemudahan canggih dan menepati ciri-ciri keselamatan dan piawai antarabangsa. Pada masa ini, lapangan terbang ini telah diperbesarkan untuk kemudahan pesawat yang lebih besar seperti Boeing 777 dan pesawat Airbu330 dapat mendarat di Labuan. Lapangan terbang ini juga mempunyai 3 buah "aerobridges". Pada tahun 2008 Lapangan Terbang Labuan telah menerima 550,859 orang penumpang dan 11,328 penerbangan dan lebih 4,500 tan metrik kargo. Lapangan terbang ini juga mampu menampung 1.2juta penumpang setahun.
Balai ketibaan dan perlepasan
Ruang yang luas melancarkan segala proses pejalanan
AirAsia sentiasa menjadi pilihan pengguna kerana harga yang berpatutan
Kaunter daftar masuk untuk penerbangan AirAsia
Kenali Datuk Bandar KL
Datuk Bandar Kuala Lumpur Pertama
Tan Sri Dato' Lokman Yusof
Tan Sri Dato' Lokman Yusof
Datuk Bandar Kuala Lumpur Kedua
Tan Sri Yaakob Latiff
Tan Sri Yaakob Latiff
Datuk Bandar Kuala Lumpur Ketiga
Tan Sri Dato' Elyas Omar
Tan Sri Dato' Elyas Omar
Datuk Bandar Kuala Lumpur Keempat
Dato' Dr. Mazlan Ahmad
Dato' Dr. Mazlan Ahmad
Datuk Bandar Kuala Lumpur Kelima
Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff
Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff
Datuk Bandar Kuala Lumpur Keenam
Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek
Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek
Datuk Bandar Kuala Lumpur Kelapan
Dato' AB Hakim bin Borhan
Dato' AB Hakim bin Borhan
Datuk Bandar Kuala Lumpur Kesembilan
Dato' Ahmad Fuad bin Ismail
Dato' Ahmad Fuad bin Ismail
Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.
Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972. Oleh itu peranan Datuk Bandar adalah amat penting demi memajukan dan memartabatkan Kuala Lumpur di persada dunia sebagai Ibu Negara Malaysia!!
Terima Kasih kepada tokoh-tokoh yang banyak memajukan Kuala Lumpur.. Jasa-jasa mereka akan kita kenang dalam lipatan sejarah!!
Tugu Peringatan Perang
Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.
Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.
Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)