Monday, March 29, 2010

Anugerah Blog4ft



Anugerah Blog4FT selesai sudah!! Majlis yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara berlangsung dengan meriah bertemakan warna ungu. Aku salah seorang Blogger yang dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut!.. walaupun sumbangan aku tak la seberapa dalam blog... tapi seronok la jugak bila aku di beri peluang untuk sama-sama meraikan Majlis penyampaian hadiah Grand Prize pada malam itu. Seperti yang aku jangka pemenangnya sudah tentulah KL: A to Z Fun Things to do & Places to Visit with kids by emilayusof.. blognya memang creative dan unik... Tahniah kepada beliau!! Nak tumpang kete nanti bleh?




2 Hadiah yang aku dapat " Special Prize Jury" & "Top Contributor"



Makan-makan!! Jom!!



Blogger Rulezzz

Thanks kepada yang banyak menyokong!!!




Wednesday, December 16, 2009

Pusat Pelancongan Malaysia



Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic ) terletak di 109 Jalan Ampang Kuala Lumpur merupakan pusat maklumat pelancongan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat berkaitan pelancongan di Malaysia. Bangunan MaTic ini dibina pada tahun 1935 merupakan bekas kediaman seorang jutawan lombong dan ladang yang bernama Eu Tong Seng. Bangunan yang mempunyai nilai sejarah dan senibina kolonial ini telah dipulihara sebagai warisan sejarah dan di jadikan pusat sehenti bagi pelancongan mendapatkan maklumat pelancongan di Malaysia.




Bangunan MaTic ini mempunyai sejarahnya tersendiri di mana ia pernah menjadi ibupejabat tentera British pada tahun 1941 dan di ambil alih oleh tentera Jepun semasa penaklukkan Jepun ke atas Tanah Melayu sehingga tahun 1945. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua dan pengunduran Jepun dari Tanah Melayu, Kerajaan Persekutuaan Tanah Melayu pula mengambil alih bangunan ini dan dijadikan dewan persidangan pada tahun 1956.




MaTiC merupakan satu bahagian di bawah Kementerian Pelancongan yang diterajui oleh YB Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen. Pusat ini telah dinaiktaraf menjadi 'One Stop Centre' pelancongan yang menyediakan berbagai kemudahan dan perkhidmatan dalam usaha untuk menarik lebih ramai lagi pelancong samada dalam atau luar negara seterusnya untuk mempertingkatkan lagi industri pelancongan negara.



Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti kaunter penerangan pelancongan, kaunter polis pelancong, E-Portal Pelancongan, Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Kraft Saloma, Mesin ATM, Pengurup Wang, Karyaneka, Kaunter Tiket Bus Hop On Hop Off dan sebagainya.



Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi sepanjang tahun termasuk aktiviti tetap seperti persembahan kesenian muzik dan tarian yang diadakan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu setiap minggu jam 3.00 - 3.45 ptg bertempat di Mini Auditorium, MaTiC dan tiket masuk hanyalah RM 5.00 sementara kanak-kanak di bawah umur 12 tahun percuma.




Kaunter Penerangan Pelancongan (8.00pagi - 10.00malam)

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 ptg


Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03- 9235 4848/9235 4800
Fax : 03- 2162 1149






Friday, December 11, 2009

Muzium Polis Di Raja Malaysia




Muzium PDRM telah diilhamkan oleh PGB Waller pada tahun 1950. Beliau ialah seorang Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis. Perasmian pertama Muzium PDRM adalah pada 09 Januari 1961 oleh DYMM ke 3.

Pada tahun 1983 perancangan membina Muzium baru telah diilhamkan oleh Tun Hanif Omar di Mes Pegawai Kanan PDRM di Jalan Venning. Pada tahun 1997 Muzium PDRM telah siap dibina dan dibuka pada orang awam pada 2 Oktober 1998. Muzium PDRM telah dirasmikan pada 24 Julai 1999 oleh Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi.







Muzium PDRM turut membuat pameran disekitar bahagian luar Muzium PDRM. Pameran GMC, Kapal terbang CESSNA, meriam-meriam dan bot marin PA4. Turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM. Di Muzium PDRM terdapat sebuah dataran yang dikenali sebagai Dataran perwira yang mempamerkan nama-nama anggota PDRM yang telah terkorban sewaktu menjalankan tugas.





FUNGSI
MUZIUM POLIS DIRAJA MALAYSIA

  • Membuat koleksi sebanyak mungkin bahan-bahan yang berhubungkait dengan sejarah dan budaya, kejayaan, kepahlawanan dan artifak yang berhubung dengan perkara di atas.
  • Menjalankan kerja-kerja dan penyelidikan terperinci ke atas pemimpin-pemimpin tertinggi Polis diraja Malaysia , anggota-anggota dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dalam menaikkan imej pasukan.
  • Menimbulkan kesedaran dan rasa megah terhadap pasukan serta cintakan negara.
  • Menyelamat warisan sejarah dan budaya yang mempunyai nilai sejarah dan budaya yang bercorak kepolisan.
  • Mempamerkan secara sistematik bahan dan kajian yang telah di perolehi.
  • Menjalankan penyelidikan ke atas sejarah budaya dan tradisi di semua negara di samping dapat menyebarkan melalui jurnal dan pameran kepada masyarakat untuk pengetahuan serta menanamkan semangat kerjasama yang jitu kepada pasukan polis.





Muzium PDRM mempunyai kemudahan yang seperti Kaunter Informasi, tempat menyimpan barang, Kafeteria, Tandas Awam, Perpustakaan (Rujukan/Penyelidikan) dan Kedai Cenderamata. Muzium PDRM turut mempunyai kawasan meletak kenderaan di dalam dan di luar kawasan Muzium.












Pengalaman saya melawat Muzium Polis DiRaja Malaysia ini benar-benar memberikan saya gambaran sebenar tentang peritnya polis bertugas demi menjaga keamanan kita. Mereka bukan sahaja berkorban nyawa malahan berkorban segala-galanya bagi memastikan keamanan dan kedamaian yang kita kecapi sekarang adalah dapat di kekalkan.

Semasa melawat seorang diri di muzium ini saya dapat melihat sendiri pakaian dan pelbagai risalah pengganas komunis yang satu ketika dulu menjadi musuh no satu negara di pamerkan di sini. Saya juga melihat bagaimana komunis melakukkan kekejaman dan keganasan terhadap penduduk Malaysia. Komunis yang di ketuai oleh Ching Peng juga telah menyerah kalah dan meletak senjata adalah hasil dari rundingan pihak keselamatan kita.

Oleh itu jutaan terima kasih kepada pihak keselamatan kita terutama pihak polis yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas bagi memastikan keamanan di Malaysia ini berkekalan!! TABIK!!!


Alamat:
Muzium PDRM
No.5 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur

No. Tel:
603-22725689/90
603-22734740
Fax:603-22737850




Wednesday, December 9, 2009

Dunia Aquaria KLCC


SELAMAT DATANG KE AQUARIA KLCC

Aquaria KLCC adalah tarikkan pelancongan yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas. Aquaria KLCC juga adalah akuarium bertaraf dunia yang mempamerkan pelbagai jenis haiwan, serangga dan hidupan laut pelbagai spesis dari Malaysia dan seluruh dunia.

Aquaria KLCC telah dibangunkan dan dimiliki sepenuhnya oleh Aquawalk Sdn Bhd dan dikopratkan di Malaysia pada Oktober 2002. Aquaria KLCC dibuka secara rasminya pada 20hb August 2005. Tempat ini juga direkabentuk oleh New Zealand-Based Marinescape Ltd syarikat yang mengkhususkan dalam pembinaan dan merekabentuk lebih 20 tempat pameran akuarium bersaiz besar diseluruh dunia termasuk Australia, Russia, Scotland , Thailand dan China.

Akuarium berkeluasan 60,000 kaki persegi terletak tingkat bawah Kuala Lumpur Convention Centre. Akuarium gergasi ini juga mampu menampung air sebanyak 2.5juta liter dan ianya menjadi tempat tinggal bagi pelbagai spesis jerung ikan dan pelbagai hidupan marin yang lain .

Aquaria KLCC akan memberikan pengalaman kepada pelawat bagi meneroka dan mempelajari tentang hidupan marin sebagai eko-pelancongan yang di lengkapi kemudahan lengkap dengan teknologi terkini.


ZON REPTILIA & SERANGGA

Jom saya bawa anda mengembara ke Aquaria KLCC. Pengembaraan pertama saya adalah melalui kawasan hidupan reptilia dan serangga yang menempatkan hidupan dua alam dan pelbagai serangga esotik. Anda boleh melihat pelbagai jenis katak, ular, kura-kura, tarantula, musang dan sebagainya di kawasan ini. Jom kita tengok antara gambar yang saya sempat ambil.....


Cicak bersaiz besar ini melekat di permukaan kaca

Kura-kura yang menyerupai batu!! Unik & Esotik!!


Ketam air tawar yang hidup di dalam air dan darat


Kumbang badak jantan bertanduk ini sedang berlawan dengan kumbang jantan yang lain


Gaduh!! sebab berebutkan betina ni la.. siapa yang kuat dia yang menang!!


Spesis rama-rama Raja Brooke yang terkenal hidup di hutan Malaysia


Lain-lain spesis rama-rama yang dipamerkan


Anak buaya ini tenang merehatkan diri di atas batu


Labi-labi pun dapat hidup sihat di dalam akuarium


ZON HUTAN HUJAN


Apabila menghampiri zon hutan hujan tropika, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi guruh dan petir saling berdentum, diikuti bunyi hujan lebat. Suasana seolah-olah saya berada di dalam hutan hujan tropika. Kedengaran titis-titisan air hujan mencurah di sekitar kawasan ini.

Ikan-ikan air tawar berenang-renang bebas di dalam akurium besar yang berada di sekeliling zon ini. Melihat ikan air tawar bersaiz besar membuatkan saya bergitu teruja sekali bila menyaksikan spesis ikan Arapaima Gigas berada di depan mata saya. Ikan yang menyerupai naga ini dikatakan boleh membawa tuah kepada pemiliknya kerana menurut kepercayaan masyarakat cina ikan naga ini mempunyai Feng Sui yang baik untuk mereka.

Pelbagai spesis lampan pula seronok berenang di dalam aquarium berbentuk silinder yang besar saiznya. Jom kita tengok antara gambar-gambar ikan air tawar yang sempat saya ambil untuk dikongsi bersama....




Ikan Lampan, Jelawat dan Tengas!!

Arapima Gigas!! Spesis ikan air tawar gergasi yang dari Sungai Amazon!!

Ikan bermuncung tirus ini seakan-akan ikan Bracuda!!


Aquarium berbentuk silinder besar ini dihuni pelbagai jenis ikan air tawar berwarna warni bebas berenang berkumpulan


Pelbagai jenis lampan hidup sihat di dalam akuarium ini

Ikan Kaloi nie kalau goreng pun Sodap!!

Ikan Keli ini boleh mengalirkan arus eletrik!!

Ikan air tawar paling merbahaya!! Ikan ini mampu membunuh seekor lembu dengan arus elektriknya.

Ikan Pirana... Bergerak secara berkumpulan!! BAHAYA!! Ikan paling ganas di dunia





Antara ikan-ikan hiasan yang comel


ZON LAUT DALAM

Zon laut dalam adalah zon paling menarik untuk di terokai oleh pengunjung Aquaria KLCC ini. Zon yang menempatkan spesis ikan laut dalam. Melalui terowong besar seakan-akan berada di dasar lautan luas membuatkan saya terasa berada di dunia lain. Seakan saya sedang menyaksikan rangkaian TV kegemaran saya Discovery Chanel pula.. Ikan Jerung Tiger, Yu Bodoh, Ikan Pari, Penyu, Ikan Kerapu, Belut Laut... semua berenang-renang disekeliling saya. Ikan yang kelihatan di dalam akuarium ini adalah bersaiznya 30% lebih kecil berbanding saiz sebenar , ini adalah di sebabkan faktor biasan imej dari kaca akuarium itu.

Melihat gigi jerung putih yang tajam betul-betul berada di depan saya memberikan satu pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan. Menyaksikan mahkluk pemangsa yang paling digeruni dengan lebih dekat memberikan saya pelajaran yang paling berharga. Satu lagi hidupan marin yang saya suka! PENYU!! comel betul penyu-penyu kat sini, berenang bebas di sekitar celah-celah batu karang sambil meragut lumut-lumut yang tumbuh di sekitar batu-batu itu membuatkan saya solah-olah hidup bersama mereka di dasar laut.

Berikut adalah gambar yang saya ambil semasa berada di dalam terowong dasar laut Aquaria KLCC ...




Terowong dasar laut yang memberikan pengalaman sebenar hidupan di dasar lautan


Jerung!! Giginya pun dah cukup mengerunkan !!


Belut Laut ini tinggal di dalam lubang sambil menunggu mangsa lalu depan mata

Ikan Yu Bodo.. Tengok macam wajah manusia ...

Jerung ini berenang sana sini menanti waktu makan

Si penyu ini berenang sana sini tanpa menghiraukan sekitarnya


Penghuni Aquaria yang paling comel!! Si PENYU!!

Ikan Selar Kuning!!

Kerapu kat sini memang besar !! Saiz Gergasi!!


Ikan-ikan dari pelbagai spesis hidup aman dan damai di Aquaria ini


Pandai budak ni posing dengan penyu!!


ZON KARANG LAUT

Melawat Aquaria memberikan saya pengalaman berbeza dan mempelajari tentang hidupan di alam lain iaitu hidupan di lautan dan hidupan air. Apabila melalui zon terumbu karang saya seronok melihat pelbagai jenis batu karang dan ikan berwarna warni seronok bermain di celah-celah terumbu karang.

Terumbu karang adalah sebahagian daripada hidupan lautan yang boleh didapati di kawasan laut yang cetek terutama di sekitar pulau-pulau beriklim tropika. Hidup karang bergantung kepada cahaya matahari dan planton menjadikan hidupan ini terus wujud dalam persekitaran selagi ia tidak dirosakan oleh manusia.

Paling menarik perhatian saya adalah sejenis ikan terumbu karang yang dipanggil "Clown Fish" atau paling popular dikenali sebagai "Nemo" watak animasi dari Walt Disney. Nemo sejenis ikan yang aktif dan menjadikan sejenis karang laut sebagai tempat tinggalnya.




Sejenis terumbu karang yang hidup subur di Aquaria

Clown Fish atau Ikan Badut yang comel!!


Saya tak tau nama ikan ini!! tapi dia posing cantik jer...

Terumbu Karang jenis nie hanya Clown Fish ajer yang boleh tinggal!


Kalau ikan selain Clown Fish mendekati terumbu karang ini akan kena renjatan elektrik


Nakal ikan yang bernama Nemo nie! susah aku nak snap gambar dia!! Hiperaktif sangat!!

Ikan ini cantik tapi paling berbisa!! Racun disekeliling badannya mampu membunuh mangsa hanya beberapa minit sahaja.


ZON BELAJAR

Aquaria juga menyediakan sudut belajar bagi pengunjung melihat pelbagai jenis batu karang yang telah mati dan di pamerkan di sini. Zon ini disediakan pelbagai maklumat tentang kehidupan laut. Di zon ini juga disediakan kemudahan audiovisual dan skrin sesentuh bagi kemudahan pengunjung mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan cepat.

Di zon ini juga mendidik kita bagaimana untuk menjaga bumi kita supaya tidak tercemar dengan pencemaran alam sekitar bagi menjamin spesis hidupan ini tidak pupus.


Di sini juga terdapat obor-obor yang comel dan pelbagai spesis kuda laut yang mempunyai perut yang buncit!!

Jom saya kongsi pelbagai gambar obor-obor dan kuda laut yang comel-comel belaka!!

Obor-obor comel ini berenang ke atas ke bawah mengikut mood dia.


Obor-obor ini mempunyai bisa!! Jika terkena kulit boleh menyebabkan kegatalan


Sejenis Kuda Laut! jenis ini akan meniru warna persekitaran bagi tujuaan penyamaran.




Kuda Laut jenis perut buncit ni memang comel!! he he he he





Antara jenis-jenis batu karang di pamerkan!!

ZONE ATLANTIS
Setelah jauh menjelajah pelbagai hidupan di Aquaria KLCC. Tak sah kalau kita tak membeli cenderahati tanda kenangan untuk kita dan rakan-rakan. Aquaria KLCC menyediakan gerai cenderamata di susur keluar akuarium ini dikenali sebagai Zon Atlantis.

Banyak barang-barang kenangan yang boleh dibeli disini. Anak-anak patung yang comel dan pelbagai jenis magnet peti sejuk juga dia jual di sini. Bagi mereka yang ingin membeli t-shirt Aquaria pun ada di jual disini. Selamat membeli belah!




Anjing laut bertaring panjang!!

T-Rex yang garang pun ada!!

Sotong bermata kuyu ada juga di jual di sini!

Katak oh Katak!! mengapa kau panggil hujan!!


Ketam merah!! Comelnya!!

Anak beruang kutup pun ada!!

Koleksi magnet peti ais! Macam-macam ada!!

Tabung Lady Bird!!

Replika kapal layar !!


Cenderhati untuk pelancong ! pweter!!

Mug Aquaria!! Wajib Beli!!

SELAMAT JALAN & JUMPA LAGI!!