Saturday, October 31, 2009

Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di Jalan Kuantan merupakan sebuah kawasan riadah yang terletak di timur laut Kuala Lumpur. Ia mempunyai sebuah taman di tepi tasik dan mempunyai kemudahan sampan kayuh, kayak, taman permainan kanak-kanak, padang permainan, menunggang kuda dan pancutan air berirama. Terdapat juga gelanggang tenis, kompleks sukan, dewan skuasy dan lain-lain kemudahan sukan.

Istana Budaya dari Taman Tasik Titiwangsa..


Menara Berkembar KLCC pun boleh dilihat dari sini

Aktiviti berkayak dan sampan kayuh juga ada disediakan..

Cuaca sentiasa mendung akhir-akhir nie... tengkujuh sudah hampir... Sesiapa yang nak buat aktiviti outdoor "Sediakan Payung Sebelum Hujan!!"


Tandas awam yang bersih juga di sediakan....

Ikan tasik nie nampak jinak jer... aku snap dia relax jer...

Track jogging pun ada... sapa nak kuruskan badan datang sini tawaf 3 kali.. tiap-tiap hari jogging mesti kurus


Air pancut kat tengah tasik...

Disebalik daun kelapa... ada IB plak...

Disebalik daun kering ada KLCC!! hehehe


Dasar pokok tumpang!! Kesian mak pokok tu Mati!!

v(-_0)V



Thursday, October 29, 2009

Semalam kat Putrajaya

Sudah 3 tahun rasanya aku tinggalkan Putrajaya.. dulu aku pernah tinggal kat Presint 9. Kelmarin aku kembali ke Putrajaya, sahaja nak ambil angin malam. Nampak tak banyak berubah cuba Masjid Besi yang dulu tak ada sekarang sudah siap dan berseri disuluh cahaya.. Indah Masjid yang diberi nama Tuanku Mizan Zainal Abidin. Banyak kenangan aku kat Putrajaya ini. Bandar yang sangat terancang dan penuh dengan senibina bangunan yang mengkagumkan aku.


Berkilau mcm DIAMOND!!




Masjid Putra yang juga menjadi icon kepada Putrajaya!


Kubah Masjid Putra yang kaya dengan Senibina Islam


Dari arah jambatan Putrajaya!! Cuaca Mendung! Hari nak hujan kot!


Elemen timur tengah juga menghiasi sekitar Masjid Putra.


Jambatan Putrajaya yang menjadi mercu tanda!


Bangunan Perbedaharaan yang mana menempatkan KementerianKewangan kita!



Bergermelapan sungguh pintu gerbang Perbadanan Putrajaya !!


Istana Keadilan!! Menempatkan mahkamah di Putrajaya!! mcm Taj Mahal!!

v (-_-)V


Wednesday, October 28, 2009

Petaling Street ( China Town)


Jalan Petaling atau di kenali sebagai China Town Malaysia cukup senonim dengan gerai jualan barang-barangan pada harga yang murah. Bagi pelancong yang datang ke Kuala Lumpur memang tak lengkap kalau korang tak singgah kat Petaling Street ni. Banyak barangan "Branded" kat sini di jual dengan harga murah sangat!! tak percaya???!! Jom mari....


Orang ramai yang sentiasa sesak di sepanjang Petaling Street!


Jalan yang berbumbung menyelesakan orang ramai dari hujan dan panas...


Paling femes kat sini!!! Air Mata Kucing!! nak minum kena beratur dulu.. memang ramai orang suka Air Mata Kucing Petaling Street!!


Buah-buahan import dan tempatan juga ada dijual sepanjang Petaling Street


Kalau korang nak beli bunga bagi kat awek!! kat sini memang pusat jualannya... harga pun berpatutan... janganlah kedekut sangat nak melabur!!


V(-_-)v'

Central Market



Pasar Budaya atau Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi.

Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.

Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf




Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia. Terdapat juga pelbagai barangan kraft yang biasanya di jadikan cendermata oleh para pelancong yang mengunjungi Malaysia.



Ala.. comeynya orang utan nie... kalau boleh bela nak gak aku beli


Kat area ini tempat barang-barangan kraft masyarakat cina banyak di jual.


Rama-rama kertas nie macam betul jer....


Pokok-pokok renek pun ada di jual disini!! Terima Kasih kepada empunya gerai sebab benarkan aku ambil gambar!! sesiapa yang suka dengan barangan kraft kakak ni... datanglah tengok!!


Magnet peti ais!! aku suka kumpul nie...!!


Bahagian dalam Pasar seni yang bercirikan tingkap rumah Melayu Tradisional



Antara barangan kraftangan yang di jual di Pasar Seni.


V(-_-)v


Sogo

Kompleks Pernas Sogo yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah pusat membeli belah yang sentiasa sesak di kunjungi orang ramai. Oleh kerana lokasinya berhampiran dengan Jalan TAR yang mana terkenal dengan gerai jualan yang menawarkan harga murah lagi berpatutan. Sogo scara tidak menerima tempiasnya turut serta di kunjungi mereka yang ingin membeli belah.


Kompleks Pernas Sogo dari seberang jalan.


Syiling kompleks sogo kelihatan menarik dengan lampu bergermalapan




Bab ini memang sesiapa yang tak tahan iman jangan masuk.. mesti semua nak di beli... memang murah dan berbaloi harga yang ditawarkan kat sini..






Satu yang paling best dekat Sogo ini adalah FoodCourt. Terletak di tingkat paling atas. Memacam makanan ada di jual di sini seperti makanan barat, makanan panas, makanan Thailand dan sebagainya, dan yang aku paling suka lepak depan air terjun buatan manusia ini. Rasa sejuk dan nyaman sekali suasana kat sini.. makan sambil menikmati keindahan air terjun di dalam bangunan...


Ikan Kap Jepun yang jinak berenang-renang di sekitar air terjun Sogo.


V(-_-)V